Thursday, November 29, 2012

Doa Disegerakan Makbul

Doa Disegerakan Makbul


Saya terjumpa satu doa oleh Habib Muhammad as-Sagaf, hos rancangan Fattabi’uni. Satu ungkapan doa yang amat baik. Dalamnya ada tawasul dengan kemuliaan Nabi Muhammad SAW. Walaupun Nabi SAW dah lama wafat kita dibolehkan bertawasul dengan orang mati. Hanya geng wasabi jer kata tak boleh.

اللهم صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيْبِكَ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم، وَأَكْرِمْنَا بِسَاعَةِ الْإِجَابَةِ بِحَقِّهِ عَلَيْكَ يَا اللهُ.

Ertinya: Selawat dan salam ke atas kekasih Allah, Muhammad SAW, Ya Allah muliakan kami dengan cepat termakbul doa kami dengan kelebihan Muhammad disisiMu Ya Allah.

Doa di atas lebih bagus dan aula diamalkan daripada doa di bawah. Doa di bawah ialah ketika seseorang beramal dengan sesuatu hizib atau amalan kebatinan yang memberdayagunakan kekuatan khadam asma’, “Tunduk semua padaku wahai khadam asma’, segera-segera, cepat-cepat...”.

توكلوا يا خدام هذه الأسماء الساعة الساعة العجل العجل...

Just my 2 cent, hanyalah disisi pandangan saya sahaja. Bagi orang lain mungkin lain.

No comments:

Post a Comment