Friday, June 3, 2011

Ayat Hari Ini

Ayat Hari Ini

Ada satu ayat al-Quran yang mengandungi 33 huruf Mim (م). Tiada duanya hanya satu sahaja dalam al-Quran. Iaitu ayat 282 Surah al-Baqarah (سورة البقرة), juga dikenali Ayat Hutang dan ayat terpanjang dalam al-Quran.

Firman Allah Taala dalam Surah al-Jatsiyah (سورة الجاثية) ayat 13:

إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (١٣)

Ertinya: Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.

Firman Allah Taala lagi dalam Surah al-Baqarah (سورة البقرة) ayat 23:

وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (٢٣)

Ertinya: Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah Yang sebanding Dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang Yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang Yang benar.

No comments:

Post a Comment