Wednesday, June 29, 2011

Segalanya Sulaiman

Beberapa amalan yang dikaitkan dengan nama Nabi Sulaiman ASW.

1. Ayat Khatam Sulaiman:

إِنَّهُ مِنْ سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (٣٠) سورة النمل

Ertinya: Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2. Mentera Khatam Sulaiman:

وخاتم سليمان على لساني فمن تكلمت إليه قضى حاجتي

Ertinya: Cop mohor Sulaiman atas lidahku maka sesiapa yang aku bercakap dengannya dia akan turuti kata-kataku.

3. Rajah Khatam Sulaiman:


Yang berbintang dipanggil Bintang Daud atau bahasa matsalehnya Star David. Rajah Khatam Sulaiman ini juga disebut Bintang Tujuh dan ramai orang buat sebagai azimat samada tulis pada kertas atau diukir pada cincin, tongkat dan sebagainya. Satu lagi dirajah dengan isyarat tangan sahaja. Ikut atas sanad ilmu masing-masing.

Setengah orang mengatakan syirik lebih-lebih lagi rajah bintang tersebut adalah lambang negara Israel. Sebenarnya perkara sebegitu tidaklah pelik kerana Nabi Daud berasal dari Bani Israel. Sudah tentu semangat kebangsaan 1 Israel tetap ada. Kajian terkini oleh pakar sejarah arab menemukan bahawa ia adalah lambang kebesaran kerajaan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman dan bukannya lambang penyeruan jin dan sebagainya. Tapi jikalau salah guna, belajar tanpa berguru rajahan ini umpama menyeru jin.

4. Salam Nabi Sulaiman:

سلام على سليمان في العالمين

5. Doa Nabi Sulaiman, yang ini banyak versi:

اَللَّهُمَّ أَدْخِلْناَ فِي سُوْرِ سُلَيْماَنَ....

6. Doa Nabi Sulaiman dalam Quran:

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ (١٩) سورة النمل

Ertinya: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لا يَنْبَغِي لأحَدٍ مِنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ (٣٥) سورة ص

Ertinya: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya.

7. Teluk Sulaiman iaitu suatu istilah digunakan ahli makrifat berupa rajahan yang banyak terdapat dalam ilmu hikmah. Samada ditulis pada kertas atau diisyarat dengan tangan atau boleh juga pada pasir.

8. Ayat al-Quran yang ada menyebut nama Nabi Sulaiman ASW sebanyak 17 kali. Boleh semak pada entri yang lepas-lepas.

No comments:

Post a Comment