Friday, December 16, 2011

Surah al-Nur 3

Ayat Nur iaitu ayat 35 dari surah ini amat besar khasiatnya. Khadamnya bernama Sayyid Nurya’yil (السید نوریاییل) sebagai ketua.

اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لا شَرْقِيَّةٍ وَلا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الأمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ (٣٥)

Ertinya: Allah Yang menerangi langit dan bumi. bandingan Nur hidayah petunjuk Allah (Kitab suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” Yang berisi sebuah lampu; lampu itu Dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang Yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan Dengan minyak dari pokok Yang banyak manfaatnya, (Iaitu) pokok zaitun Yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - Dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) Walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran Nur hidayah Yang demikian bandingannya adalah sinaran Yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada Nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal Perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Bilangan wirid dalam ilmu hikmah menurut satu peringkat ke peringkat yang lain ialah mula-mula 5X. Kemudian dan seterusnya 14X, 66X, 124X, 150X, 256X dan 313X. Semua sebanyak 7 peringkat.

Menurut orang yang mengamalkan peringkat pertama iaitu 5X hendaklah dijadikan zikir harian selama setahun. Ta’tsirnya ialah tersingkap hijab.

Kedua 14X ta’tsirnya menjadi mudah dalam menekuni ilmu kebatinan. Ketiga 66X untuk kasyaf dalam tidur akan tetapi pada permulaan akan melihat petunjuk buruk atau mimpi buruk dalam tidur sebagai gerbang awal pintu kasyaf dalam tidur.

Keempat 124X ta’tsirnya kasyaf dan masuk alam jin serta paham ilmu melihat watak orang. Kelima 150X ta’tsirnya lebih kurang sama dengan awal tadi. Keenam 256X ta’tsirnya dapat berbicara dengan khadam ayat ini secara nyata, tercapai hajat dan amalan ini merupakah amalan Syeikh al-Maghribi dan al-Buni. Ketujuh 313X ta’tsirnya rijal ghaib dan kasyaf nur yang hakiki.

Dan segala turuq atau kaedah yang dibicarakan diatas tiadalah mungkin terjalin rabithah yang benar melainkan dengan ijazah sanad (pen: ummun dunnya).

- المنقول -

No comments:

Post a Comment