Monday, December 26, 2011

Wasiat Nabi Untuk Ali - 23 (Akhir)

وصية المصطفى صلى الله عليه وسلم للإمام علي أبي طالب كرم الله وجهه
تأليف: الشيخ عبد الوهاب الشعراني رحمه الله تعالى

فصل في فنون شتى

إبدأ من لقيت من المسلمين بالسلام يكتب الله لك عشرين حسنة ورد السلام فإن الله يكتب لمن رده أربعين حسنة.

Wahai Ali! Mulai memberi salam terhadap orang Islam yang engkau jumpai. Nescaya Allah SWT tuliskan bagimu 20 kebajikan. Dan sambutlah Salam, sesungguhnya akan ditulis baginya 40 kebajikan.

يا علي! إياك والغضب فإنه من الشيطان. وهو أقدر ما يكون عليك في حالة الغضب. وإياك دعوة المظلوم فإن الله يستجيب له وإن كان كافر فعليه كفره.

Wahai Ali! Jagalah dirimu akan sifat marah kerana sesungguhnya marah itu daripada syaitan. Syaitan itu dapat mengusaimu ketika dirimu marah (memesongkanmu dari jalan yang haq dan menyebabkanmu berkata buruk). Dan takutlah oleh mu akan doa orang dizalimi kerana sesungguhnya Allah mendengar doanya walaupun orang kafir. Maka diatas dirinyalah kekufurannya itu.

يا علي! إياك واليمين الفاجرة فإنها منفقة للسلعة و مسحقة للرذق والعمر.

Wahai Ali! Takutlah engkau akan sumpah palsu, sesungguhnya ia melakukan perdagangan dan membinasakan rezeki dan umur.

يا علي! من أمر بالمعروف و نهي عن المنكر أرغم الله أنف عدوه، ومن صدق في أموره غضب الله لغضبه، وإذا بكى اليتيم إهْتَزَّ العرش فيقال له: يا جبريل وسع النار لمن أبكاه ووسع الجنة لمن أضحكه.

Wahai Ali! Barangsiapa memerintah dengan makruf dan menegah daripada munkar nescaya Allah menghinakan musuhnya, barangsiapa benar dalam segala perkara nescaya Allah murka kerana murkanya, apabila seorang anak yatim menangis nescaya bergoyang Arasy. Maka diserukan “Wahai Jibril luaskanlah neraka untuk orang yang membuat anak yatim menangis dan luaskanlah syurga untuk orang yang membuat anak yatim ketawa.

يا علي! الدين النصيحة لله ولرسوله وللمؤمنين.

Wahai Ali! Agama itu nasihat bagi Allah, Rasulnya dan orang beriman.

يا علي! سبعة من أمتي في الجنة، شاب تائب ومن تصدق سراً ومن ترك الحرام ومن يؤدي صلاة الضحي ومن كان ذهاب ماله أهون عليه من فوات صلاة واحدة مع الإمام ومن دمعت عيناه من خشية الله ومن زاحم العلماء في مجالسهم.

Wahai Ali! 7 golongan dari umatku di dalam syurga:

1. Pemuda yang taubat.
2. Orang yang bersedekah sembunyi-sembunyi.
3. Meninggalkan yang haram.
4. Orang yang Solat Dhuha.
5. Orang yang merasai kehilangan solat fardhu bersama lebih dari kehilangan hartanya.
6. Orang yang mengalir air matanya kerana takutkan Allah SWT.
7. Orang yang duduk dalam majlis ulama.

يا علي! من أرشد الأعمى بيده اليسري جاء بيمينه في يمينك.

Wahai Ali! Barangsiapa memimpin orang buta dengan tangan kirinya nescaya datang pada Hari Kiamat tangan kanannya pada tangan kananmu.

يا علي! إذا كان الإنسان في سكرات الموت فإن مفاصلة تسلم على بعض تقول: السلام عليك! فإني مت. وكذا البيضاء على الشعرة السوداء.

Wahai Ali! Jika manusia sudah berada dalam sakaratul maut maka setiap anggotanya memberi salam antara satu sama lain. Ia berkata: “Salam atas mu, sesungguhnya aku telah mati”. Demikian halnya rambut yang putih terhadap rambut yang hitam.

يا علي! احفظ وصيتي كما حفظتها عن جبريل عن رب العالمين تقدست أسماؤه ولا إله غيره.

Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya daripada Jibril a.s daripada Tuhan Sekalian Alam Maha Suci Nama-Nya, tiada tuhan selain Allah SWT.

- TAMAT-

AlhamduliLlah khatam sudah terjemahan sedikit sebanyak Wasiat Nabi kepada Ali r.a. Semoga bermanfaat. Jikalau ada salah silap maafkan saya dan berilah teguran.

No comments:

Post a Comment