Monday, December 26, 2011

Zikir Ya Latif


Diantara kaedah wirid ‘Ya Latif’ (يا لطيف) yang istimewa, yang disebut sakata anhal qalam ialah wirid 129X dalam satu nafas. Disebutkan dalam riwayah ialah 129X satu nafas sebanyak 129X berjumlah kesemuanya 16641X adalah tahap sempurna. Dan setiap perenggan itu diselangi 1X dengan Selawat Nariyah atau dipanggil juga Kamilah. Setengah meriwayatkan dengan wirid ‘Latif’ (اللطيف) sahaja.

Dalam menjalani riyadhah ini sayugia hendaklah bersolat Hajat 2 rakaat dengan Rakaat Pertama Surah al-Kahfi (سورة الكهف) dan Rakaat Kedua Surah Yasin (سورة يس) kerana kedua surah ini adalah satu rahsia daripada rahsia-rahsia Asma’ Allah al-Latif. Bilamana tiada mampu baginya akan bersolat dengan surah tersebut maka hendaklah dibaddil akan ia dengan Surah al-Qadr (سورة القدر) dan Surah al-Insyirah (سورة الانشراح). Kemudian selesai daripadanya hendaklah bertisghfar dan berselawat 100X serta membaca Surah al-Kahfi (سورة الكهف) dan Surah Yasin (سورة يس) sebagai syarat pertukaran tadi.

Adapun kaedah ini mengikut tariq yang sebenarnya tiada tawkil akan khadamnya melainkan ia jalan yang simpang siur bagi pengamalnya dan sebetulnya hanyalah semata-mata kerana Latif-nya Allah SWT akan makhluknya. Diantara faedahnya yang disebut orang ‘sakata anhal qalam - سكت عنها القلم’ ialah berpindah ke suatu tempat sekira-kira lamhati basar (لمحة البصر), qalba air menjadi laban atau ‘asal dan tahwil barang jamad kepada zahab dan fiddoh. Dan rahsia zikir ini amatlah besar dan kerana itulah setengah orang solehin bila memulai doa menyebut ‘BismiLlah BismiLatif - بسم الله بسم اللطيف’. Walaupun begitulah faedah diceritakan ada satu sudut yang perlu difahami bahawa segala kelebihan dan kebesaran datang bersama meningkatnya iman dan taqwa.

- المنقول -

No comments:

Post a Comment