Monday, December 26, 2011

Wasiat Nabi Untuk Ali - 22

وصية المصطفى صلى الله عليه وسلم للإمام علي أبي طالب كرم الله وجهه
تأليف: الشيخ عبد الوهاب الشعراني رحمه الله تعالى

فصل في علامات الأدعية

قال عليه الصلاة والسلام:
يا علي! إذا دخلت المسجد فإبدأ برجلك اليمين وإطلع برجلك اليسار.

Wahai Ali! Apabila engkau masuk masjid maka dahulukanlah kaki yang kanan dan keluar dengan kaki kiri.

يا علي! عليك بسورة يس صباحاً ومساءً. فإن من قرأها كذلك كان في أمان الله.

Wahai Ali! Lazimkanlah atasmu membaca Surah Yasin pagi dan petang kerana sesungguhnya barangsiapa membacanya sedemikian itu adalah ia di dalam keamanan Allah SWT.

يا علي! من قرأ سورة الحشر كل ليلة كُفِيَ شر الدنيا والآخرة.

Wahai Ali! Barangsiapa membaca Surah al-Hasyr pada setiap malam nescaya tertegah ia daripada kejahatan dunia dan akhirat.

يا علي! من قرأ سورة البقرة ليلة الجمعة، طلع له نور ما بين السماء السابعة إلي تحت الأرضين. ومن قرأ سورة الطارق عند مرقده كُتب له عدد نجوم السماء حسنات. ومن قرأ سورة الدخان وسورة الملك ليلة الجمعة غفر الله له ذنوبه وكفي فتنة القبر. ومن قرأ عند مَضْجَعِهِ آخر آية الكهف بني له نور من رأسه إلي كعبه.

Wahai Ali! Barangsiapa membaca Surah al-Baqarah pada setiap malam Jumaat nescaya terpancar baginya cahaya antara langit yang ketujuh hingga ke bawah bumi.

Barangsiapa membaca Surah al-Tariq pada waktu nak tidur nescaya dituliskan baginya kebaikan sebanyak bilangan bintang di langit.

Barangsiapa membaca Surah al-Dukhan dan Surah al-Mulk setiap malam Jumaat nescaya Allah ampunkan dosanya dan selamat daripada fitnah kubur.

Barangsiapa membaca akhir ayat Surah al-Kahfi pada waktu nak tidur nescaya terpancar baginya cahaya dari kepala hingga kakinya.

يا علي! من قرأ سورة الملك وتلا بعد قرائتها: اللهم اعصمني بالإسلام قائماً واعصمني بالإسلام قاعداً وراقداً ولا تشمت في عدوا ولا حاسداً، اللهم إني أعوذ بك من شر كل دابة أنت آخذ بناصيتها وأسألك الخير الذي بيدك، من قال هذا كفاه الله ما أهمه من الجن والإنس والدواب.

Wahai Ali! Barangsiapa membaca Surah al-Mulk kemudian berdoa:

اللهم أعْصِمْنِي بِاْلإِسْلاَمِ قَائِماً وَاعْصِمْنِي بِاْلإِسْلاَمِ قَاعِداً وَرَاقِداً وَلاَ تُشْمِتْ فِيَّ عَدُوًّا وَلاَ حَاسِداً، اللهم إني أعوذ بك مِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا وَأَسْأَلُكَ الْخَيْرَ الَّذِي بِيَدِكَ، من قال هذا كفاه الله ما أهمه من الجن والإنس والدواب.

Ertinya: Ya Allah peliharalah aku dengan Islam dalam keadaa berdiri, duduk dan tidur. Jangan Engkau gembirakan padaku akan musuh dan penghasud. Ya Allah aku berlindung daripada kejahatan setiap mahkluk melata yang nyawanya berada ditangan-Mu, aku mohon kebaikan didalam genggaman-Mu.

Barangsiapa berkata demikian nescaya dipelihara Allah SWT daripada perkara mendukacitakan, daripada jin dan manusia dan segala binatang.

يا علي! إذا أردت حاجة فاقرأ آية الكرسي، وأدع الله في الهموم والكروب وقل: يا حي يا قيوم لا الله إلا أنت برحمتك أستغيث فاغفر لي وأصلح لي شأني وفرج همي، فإن الله يكشف عنك الهموم ويفرج عنك الكروب ويقضي لك الحوائج.

Wahai Ali! Apabila engkau berhajat sesuatu bacalah Ayat Kursi dan berdoa kepada Allah SWT didalam menghadapi segala dukacita dan kesusahan dan bacalah:

يا حي يا قيوم لا الله إلا أنت، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، فَاغْفِرْ لِي وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي وَفَرِّجْ هَمِّيْ.

Ertinya: Wahai Tuhan Maha Hidup, Wahai Tuhan Maha Agung, tiada tuhan selain Engkau, rahmat-Mu aku pinta, ampuni dosaku, baiki kedudukanku dan hilangkan kedukaanku.

Maka sesugguhnya Allah akan menghilangkan daripadamu segala dukacitamu, melapangkan segala kesusahanmu dan menunaikan hajatmu.

يا علي! إذا أصابك هم أو أمر فقل: سبحانك ربي لا إله إلا أنت، عليك توكلت وأنت رب العرش العظيم.

Wahai Ali! Apabila engkau berdukacita atau terkena sesuatu perkara menyusahkan maka bacalah:

سُبْحَانَكَ رَبِّي لا إله إلا أنت، عَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ.

Ertinya: Maha Suci Engkau wahai Tuhanku, tiada tuhan selain-Mu, pada-Mu aku berserah dan Engkaulah tuhan yang memiliki arasy yang Agung.

يا علي! أكثر من الدعاء الذي علمنيه جبريل عليه السلام وهو الدائمة في الدين والدنيا والآخرة.

Wahai Ali! Banyakkan membaca doa diajarkan Jibril kepadaku iaitu:

اللهم إني أسألك الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ وَالْمُعَافَاةَ الدَّائِمَةَ فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ.

Ertinya: Ya Allah aku mohon pada-Mu keampunan, keselamatan dan manfaat berkekalan dalam agama, di dunia dan akhirat.

يا علي! إذا رأيت الهلال فهلل ثلاثا وكبر ثلاثا وقل: الله أكبر وأعذ وأقدر مما أخاف وأحذر.

Wahai Ali! Apabila engkau melihat bulan maka bertahlillah [لا إله إلا الله] 3X, bertakbir [الله أكبر] 3X dan bacalah:

الله أكبر وَأَعَذُّ وَأَقْدَرُ مِمَّا أَخَافُ وَأَحْذَرُ.

Ertinya: Allah Maha Besar, aku berlindung dari kejahatan yang aku bimbangi dan takuti.

يا علي! إذا لقيت من تحذره فقل: اللهم إني أَدْرَئُ بِكَ فِي نَحْرِهِ (أي أدفع) وَأَسْتَكْفِيْكَ غَضَبَهُ وأعوذ بك من شَرِّهِ.

Wahai Ali! Apabila engkau berjumpa dengan orang yang engkau takut maka bacalah:

اللهم إني أَدْرَئُ بِكَ فِي نَحْرِهِ وَأَسْتَكْفِيْكَ غَضَبَهُ وأعوذ بك من شَرِّهِ.

Ertinya: Ya Allah aku mohon berlindung dengan-Mu dari kezalimannya, bentengilah aku dari kemarahannya. Ya Allah aku mohon berlindung dari kejahatannya.

No comments:

Post a Comment