Thursday, May 16, 2013

10 Proses Jual Beli Saham

10 Proses Jual Beli Saham

Knowledge is power. Information is liberating. Education is the premise of progress, in every society, in every family. – Kofi Annan
Perkara pertama yang perlu anda buat sebelum terjun ke dalam dunia pelaburan adalah melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi.
Anda dapat menghadiri bengkel saham, seminar atau baca buku-buku yang berkaitan dengan pelaburan saham.
belajar saham

10 Proses Jual Beli Saham

1. Buka CDS akaun dengan syarikat broker. Hanya RM10, salinan kad pengenalan dan penyata bank diperlukan untuk membuka akaun trading ini.
2. Setelah selesai membuka akaun, seorang remisier atau dealer akan “menjaga” hal ehwal anda. Anda boleh bertanya segala bentuk soalan kepada mereka. Semua urusan teknikal mereka akan bantu.
3. Anda boleh menggunakan online trading platform yang disediakan oleh broker. Caj yang dikenakan adalah lebih murah berbanding dengan caj biasa (telefon). Setiap broker ada menyediakan video tutorial bagaimana menggunakan trading platform mereka. Malah, ada broker yang mengadakan kelas mingguan khas untuk pelabur baru.
4. Masukkan duit ke dalam trust account broker. Anda boleh lakukan secara online, deposit mesin atau menggunakan cek sekiranya jumlah wang tersebut besar. Maklumkan kepada remisier anda yang anda sudah masukkan duit ke dalam trading akaun anda.
5. Langkah seterusnya adalah placing your order. Masukkan order anda. Pilih kaunter saham yang hendak anda beli, masukkan kuantiti dan harga. Submit. Jika anda menggunakan khidmat remisier, pastikan anda menggunakan kod kaunter yang betul dan bukan sekadar menyebut sahaja.
Contohnya, ada beza bunyi tak antara “Hup Seng” dan “Hap Seng”? Kedua-dua syarikat ini adalah berbeza tetapi sebutan bunyinya kedengaran sama. Jadi, bila nak beli kaunter, sebutkan juga kod syarikat tersebut untuk mengelakkan salah faham.
6. Price queue. Harga yang anda request mungkin belum lagi ada yang sudi menjualnya. Jika anda mahu beli harga semasa, memang ramai yang akan jual pada harga semasa. Tetapi jika bukan pada harga semasa, mungkin anda perlu tunggu untuk beberapa ketika sebelum order tersebut match. Status pending akan dipaparkan.
7. Match order. Transaksi selesai apabila ada persetujuan antara pembeli dan penjual pada harga yang sama. Status done akan dipaparkan.
8. Trade confirmation. Setelah selesai proses jual atau beli saham tersebut, anda akan menerima trading confirmation yang menunjukkan summary urusniaga yang dijalankan sebentar tadi. Pihak broker juga akan menghantar hard copy statement ke rumah anda setiap bulan bagi urusniaga yang dijalankan sepanjang bulan tersebut.
9. Contract note. Anda juga akan menerima contract notes yang menunjukkan brokerage fee, clearing fee, stamping fee, kos belian dan juga hasil jualan saham tersebut.
10. Jika anda mahu keluarkan duit dari akaun trading anda samada duit untung atau duit modal, maklumkan sahaja kepada remisier anda dan mereka akan uruskan.
Selesai. Itu sahaja prosesnya. Jangan risau jika anda menghadapi sebarang masalah atau kemusykilan ketika proses ini berlaku, anda dapat rujuk dealer atau remisier anda untuk dapatkan bantuan.
Bagi mereka yang dah lama main saham, proses ini sudah dihadam sebab sudah biasa. Bagi mereka yang belum bermula, pasti anda rasa seperti “susahnya nak main saham ni”. Kelas dan buku sudah banyak baca tetapi masih juga belum bermula. Katanya belum confident lagi.
Learning by doing.
Selagi belum bermula, selagi itulah anda tidak tahu dunia saham itu bagaimana. Gunakan modal yang kecil dahulu ketika dalam masih dalam proses belajar ini. Rasa dulu untung RM50 sebelum berangan nak buat duit ribu-ribu di Bursa Malaysia.
Just Do It! bak kata orang Jawa.

No comments:

Post a Comment