Apa itu Prospektus?

“Kalau nak beli IPO, baca prospektus dulu.”

Mungkin kalian pernah mendengar nasihat sebegini.

Tapi apakah itu prospektus?

Prospektus merupakan suatu dokumen yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat yang ingin menyenaraikan syarikat tersebut di Bursa Malaysia, daripada syarikat berstatus sendirian berhad (sdn bhd) kepada syarikat berstatus berhad/awam.

Ia merupakan dokumen yang dikeluarkan bertujuan untuk mempelawa orang ramai untuk melabur di dalam syarikat tersebut dengan membeli sekuriti syarikat itu. Prospektus ini perlu dilengkapi dengan maklumat yang lengkap dan relevan mengenai syarikat tersebut. Dalam erti kata lain, dokumen ‘marketing’




Prospektus penting kepada para pelabur untuk menilai kualiti sesebuah syarikat. Melabur tanpa membaca terlebih dahulu prospektus ini dapat menyebabkan anda mengalami kerugian.

Walaupun IPO dijual pada harga yang rendah berbanding harga saham yang lain, namun risiko itu tetap wujud dan tiada jaminan harga IPO tersebut akan naik mendadak seperti yang diharapkan.

Apa yang terkandung di dalam prospektus?
Latar belakang syarikat
Ringkasan mengenai perniagaan yang dijalankan
Maklumat kewangan
Pemegang saham, pengarah dan pengurusan syarikat
Prospek dan Hala tuju syarikat
Ringkasan modal saham, perangkaan terbitan dan tawaran

Jadi, sebelum melabur di dalam mana-mana IPO, pastikan anda telah pun membaca prospektus yang telah dikeluarkan. Kalau tak baca sampai habis pun, baca ringkasan sahaja sudah memadai.

Kalau tak mahu baca prospektus, boleh pilih cara pelabur hensem ;)