Wednesday, May 29, 2013

Tiga Cara Pantas Menganalisa Potensi Pasaran

Tiga Cara Pantas Menganalisa Potensi Pasaran

market“Market research” atau analisa pasaran merupakan perkara yang penting sebelum anda memulakan perniagaan. Ia memboleh kita memahami pasaran yang kita akan ceburi serta membantu dalam penyusunan strategi pemasaran.
“Kegagalan untuk merancang adalah merancang untuk kegagalan”
Oleh itu, kami kongsikan tiga langkah mudah untuk anda menganalisa potensi pasaran secara online dan membolehkan anda bersaing dengan sihat.
 Langkah 1: Ketahui potensi pasaran dan persaingan melalui Google Adwords
Dalam pemasaran online, Google AdWords merupakan platform untuk anda mengiklankan produk dan perkhidmatan anda di sekitar rangkaian Google.
Namun, teknik yang berikut tidak memerlukan sebarang kos kerana ia hanya memerlukan modul yang sedia ada untuk mengenalpasti potensi pasaran berdasarkan jumlah carian di Google.
adwords_logo
Langkah pertama ialah dengan pergi ke Google Adwords – http://adwords.google.com dan login dengan menggunakan akaun GMail/Google anda. Jika anda tidak memiliki akaun Google/GMail, anda boleh daftar di sini https://accounts.google.com/SignUp?service=mail
Setelah anda daftar masuk (login) ke Google Adwords, lawati menu Keyword Tool seperti yang tertera di bawah.
1
Kita akan mulakan dengan menggunakan kata kunci (keyword)perkhidmatan atau produk perniagaan anda. Sebagai contoh, kami menggunakan kata kunci “fire extinguisher” atau “pemadam kebakaran” dan diletakkan pada bahagianWord or Phraseseperti tertera di bawah.
2
Selain daripada itu, anda juga harus memastikan bahawa konfigurasi berikut ditukar kepada:
  • Match Types: Phrase
  • Locations: Malaysia
Dan kemudian, tekan butang Search.
Langkah 2: Analisa Keputusan Analisa
Google Adwords akan menganalisa jumlah carian di Google dan contoh keputusan adalah seperti berikut:
keyword-traffic-result-1
Secara rumusan, hasil carianGoogle Adwords Keyword Toolberikut memberi tahu kita bahawa:
  1. Global Monthly Searches merupakan carian untuk sesebuah keywords di seluruh dunia.
  2. Terdapat 9,900 carian di Malaysia (Local Monthly Search) pada setiap bulan untuk kata kunci “fire extinguisher” manakala terdapat 390 carian untuk “pemadam kebakaran”.
  3. Kata kunci lain yang boleh diberikan perhatian adalah seperti:
    • fire protection
    • smoke detector
    • fire hose
    • fire fighting system
    • fire sprinkler
  4. Persaingan (Competition) untuk pengiklanan online adalah rendah.
Langkah 3: Strategi Pemasaran
Dengan mengetahui perkara-perkara berikut, kita boleh mengetahui bahawa pasaran ini mempunyai potensi. Ia juga dapat membantu kita untuk membuat keputusan seperti:
  • Pasaran “fire extinguisher” dan “pemadam kebakaran” mempunyai potensi kerana ia mempunyai jumlah carian di Google sebanyak 27,490 di Malaysia.
  • Jika kita mampu memperoleh 1% trafik daripada jumpah carian berikut, ia akan membolehkan kita untuk mendapat 275 pelanggan yang mencari salah satu kata-kunci.
 keyword-traffic
  • Jika laman web utama perniagaan dalam Bahasa Inggeris, kita boleh memperoleh lebih banyak pelanggan yang mencari kata kunci “fire extinguisher”, “smoke detector”, “fire hose” dan “fire sprinkler”.
  • Kita juga boleh membina laman web dwi-bahasa untuk memperoleh kedua-dua manfaat.
  • Daripada senarai kata kunci lain yang dipaparkan oleh Google, kita dapat mengetahui produk dan perkhidmatan yang berkaitan dan boleh diusahakan.
Secara kesimpulan, dalam kurang daripada 15 minit, kita dapat mengetahui potensi pasaran melalui jumlah carian pengguna Google.
Walaupun ia merupakan jumlah anggaran, namun boleh mengunakan analisis ringkas untuk membantu kita merangka strategi pemasaran online.
Di dalam artikel akan datang, kami akan kongsikan strategi isi kandungan laman web untuk memperoleh sebahagian daripada 27,490 trafik carian seterusnya menukarkan pelayar laman web kepada pelanggan atau klien.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh tinggalkan komen di bawah dan kami akan cuba membantu permasalahan anda.

No comments:

Post a Comment