Friday, May 24, 2013

Masa Yang Paling Baik Untuk Melabur

Masa Yang Paling Baik Untuk Melabur


Sekiranya kita mahu melabur menggunakan strategi indeks sila buat pemerhatian sebegini.

Pertama, sila tengok pusat-pusat percutian keluarga yang popular & berkadar premium semasa cuti sekolah. Legoland Malaysia di Nusajaya. Sunway Lagoon. Genting Higlands.

Kedua, sila tengok trend percutian ke luar negara. Pergi tengok bagaimana keadaan waktu pagi di LCCT khususnya penerbangan AirAsia ke lokasi percutian yang popular seperti Bandung, Vietnam, Australia.

Seterusnya, sila tengok pusat membeli belah yang bersifat premium. KLCC, Pavillion & Johor Premium Outlet.

Sekiranya tempat-tempat sebegini masih dipenuhi orang itu tandanya pasaran dalam keadaan baik. Keuntungan pelaburan kita agak terhad.

Apa yang kita perlu tunggu adalah tempat-tempat sebegini kosong tidak ramai pengunjung seperti biasa.

No comments:

Post a Comment