Carta Harga Saham Yang Biasa Dilihat – Siri Pengenalan Saham Part IV
Seorang trader mengkaji pergerakan harga melalui carta saham.
Carta saham digunakan untuk melihat pergerakan harga untuk mengenal pasti trend, exit & entry point, cut loss, take profit dan pelbagai lagi tujuan yang lain. Ada 3 jenis carta saham biasa kita lihat di akhbar-akhbar.
- Line chart
- Bar chart
- Candlestick chart
1. Line chart
Carta saham yang paling simple dan ringkas berbanding carta yang lain. Garisan carta disambungkan diantara satu sama lain berdasarkan closing price.
2. Bar chart
Bar chart mempunyai lebih maklumat berbanding dengan line chart. Terdapat beberapa maklumat yang dapat diperolehi daripada bar chart ini seperti opening price, closing price, high & low price.
Open – Harga yang dibuka pada hari tersebut
Close – Harga yang ditutup pada hari tersebut
High – Harga tertinggi pada hari tersebut
Low – Harga terendah pada hari tersebut
Close – Harga yang ditutup pada hari tersebut
High – Harga tertinggi pada hari tersebut
Low – Harga terendah pada hari tersebut
3. Candlestick Chart
Candlestick chart memaparkan maklumat yang sama dengan bar chart tetapi dengan mempunyai grafik yang lebih menarik dan mudah difahami. Candlestick berwarna hijau dalam carta di atas menunjukkan closing price pada hari tersebut lebih tinggi berbanding dengan opening price (bull wins). Mananakala candlestick berwarna merah menunjukkanclosing price pada hari tersebut lebih rendah berbanding dengan opening price (bear wins).
Carta Terbaik
Gunakan carta harga saham yang kita paling senang faham.
Sumber gambar : Babypips.com
No comments:
Post a Comment