Sampel Surat Pemamatan Perjanjian Sewa Rumah
Kalau ada situasi kita tak puas hati dengan prestasi penyewa yang bayar lewat sewa dan kadang bertangguh bayar, ada baiknya kita minta dia keluar dan cari pemyewa lain. Sebenarnya pengalaman saya SMS pun sudah cukup, tapi untuk make it more professional, ada baiknya jumpa secara face to face dan bagi surat dibawah, kalau payah nak jumpa, selitkan bawah pintu.
………………………
Nama:
Tarikh: 1 Jan 2013
Encik Asraf Khalid
No. 33, Jalan Budiman 1/1
Taman Desa Budiman,
Bandar Sungai Long
43100, Hulu Langat,
Selangor
Perkara: Penamatan Perjanjian Sewa Rumah No. 33, Jalan Budiman 1/1 Taman Desa Budiman.
Merujuk kepada perkara diatas, saya Encik Azizul bin Abdul Majid selaku Pemilik rumah No. 33, Jalan Budiman 1/1 Taman Desa Budiman, merujuk kepada Perjanjian Penyewaan Rumah Untuk Kediaman yang bertarikh 15 Jun 2012, dibawah tajuk PERSETUJUAN TUAN RUMAH DAN PENYEWA muka surat 10 dan 11 perkara 3 dan 6 iaitu:
perkara 3: “Sekiranya sewa bulanan tidak dibayar serta menjadi tunggakan ke bulan berikutnya maka penyewa bertanggungjawab membayar pada tarikh yang dipersetujui dan dijanjikan dengan Tuan Rumah. Sekiranya tiada bayaran diterima pada tarikh yang telah dipersetujui, wang cagaran akan digunakan untuk membayar tunggakan tersebut dan Tuan Rumah berhak untuk menamatkan perjanjian penyewaan ini”
perkara 6: “ Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya berlaku pelanggaran atau bila mana Tuan Rumah berkehendakkan semula Rumah tersebut bagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan tidak kurang dari satu bulan (1) notis bertulis kepada penyewa”
Dengan ini saya memberi 1 bulan notis untuk mengosongkan rumah ini mulai 1 Jan 2013dan tuan diminta keluar pada 1 Februari 2013. Tuan juga dikehendaki membayar sewa yang bertangguh sebanyak rm900 melibat sewa bulan Disember 2012 dan rm900 untuk sewa Jan 2013 pada atau sebelum 31 Jan 2013
Sekian .Terimakasih
………………………
Nama:
So boleh copy paste dan ubah mengikut ciri rumah sewa anda. kalau yg mau sampel perjanjian sewa yg dirujuk dalam surat ini, boleh email saya dimatjoe9498@gmail.com
No comments:
Post a Comment