Wednesday, January 30, 2013

TIPS – Cara paling cepat untuk tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris anda

TIPS – Cara paling cepat untuk tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
Kita sudah menghampiri penghujung Januari walaupun rasanya seperti baru sahaja kita melangkah masuk tahun 2013.Alhamdulillah untuk Intake Januari ramai yang mempunyai azam baru meningkatkan penguasaaan bahasa Inggeris mereka dalam tahun 2013 ini.
 
Sekali lagi saya ingin memberi tips dan petua kepada anda semua untuk membantu anda menjadi lebih fasih dan lebih mahir dalam berbahasa Inggeris anda dalam tahun 2013 ini.
 
1. Banyakkan membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris. Saya selalu memberitahu pelajar-pelajar saya jika mereka ingin mahir dalam bahasa Inggeris,aspek membaca antara aspek paling pentig dan kritikal.Dengan membaca setiap hari, anda akan dapat menyerap struktur-struktur ayat bahasa Inggeris yang betul,menyerap ejana-ejaan bahasa Inggeris yang betul,gaya penulisan yang menarik dan mudah dan juga melihat bagaimana aspek tatabahasa bahasa Inggeris yang betul digunakan dalam ayat-ayat bahasa Inggeris. Apa yang anda boleh baca bergantung kepada minat anda dan ianya boleh jadi akhbar,majalah,buku cerita dan sebagainya.
 
2. Banyakkan mendengar dalam bahasa Inggeris. Belajar bahasa Inggeris tidak semestinya perlu formal dan serius. Sambil anda mendengar lagu-lagu bahasa Inggeris, anda boleh mendengar sebutan-sebutan bahasa Inggeris yang betul, pembentukan ayat yang betul dan juga tatabahasa yang betul dalam lirik-lirik lagu yang anda dengar itu. Bagaimanapun anda perlu berhati2 bukan semua lagu-lagu bahasa Inggeris itu betul tatabahasa bahasa Inggeris mereka terutama lagu-lagu baru genre rap,hip hop dan sebagainya.Anda lebih digalakkan mendengar lagu-lagu lama era 60an ke 90an kerana biasanya tatabahasa bahasa Inggeris lagu-lagu dari era ini betul dan tepat.
 
3. Banyakkan merujuk kepada kamus anda. Ini memang agak renyah atau melecehkan kepada kita tetapi ganjaran kepada mereka yang sanggup dan rajin merujuk kepada kamus adalah amat-amat besar. Saya sendiri banyak mengajar pelajar-pelajar saya teknik menggunakan kamus untuk mengetahui sebutan-sebutan perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang betul, jenis-jenis sesuatu perkataan itu, pasangan kepada sesuatu perkataan itu seperti bila kita menggunakan perkataan afraid ianya akan dipasangkan dengan of. Dengan merujuk kepada kamus anda akan lebih pasti penggunaan sesuatu perkataan itu dan dengan itu ianya juga akan membantu anda menjadi lebih yakin untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
 
 
Ingat 3 tips utama ini dan saya akan ceritakan lagi tips dan petua yang boleh membantu anda menjadi lebih mahir dalam berkomunikasi dalam bahasa Inggeris nanti.
 
Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris cikgu akan bermula pada 2hb Februari ini di Putrajaya dan 10hb Februari ini di Sunway.
 
Cikgu Yusoff
019-3090711
 

No comments:

Post a Comment