Thursday, January 17, 2013

Gunakan Laman Baru Bursa Untuk Selidik Saham

Gunakan Laman Baru Bursa Untuk Selidik Saham

Kini semua maklumat lengkap boleh didapati dalam satu halaman

Pada tahun lepas, Bursa Malaysia telah menambah baik dan menaik taraf laman webnya.  Pelbagai ciri menarik telah disediakan untuk memudahkan pelabur. Ciri baru paling berguna kepada pelabur ialah semua maklumat syarikat kini boleh disemak dalam satu halaman.

Ini bermaka apabila pengunjung klik pada pautan nama syarikat, beliau akan dibawa ke satu halaman tinjauan keseluruhan, yang mengumpulkan semua data tentang syarikat, termasuk laporan penyelidikan yang disediakan menerusi skim CBRS dan bukan CBRS.

Pelabur yang berminat boleh klik pada List of Companies di bawah tajuk Listed Companies di laman web Bursa Malaysia.  Untuk memudahkan pembaca, saya berikan pautan terusnya di sini.

Apabila telah sampai ke halaman tersebut, anda hanya perlu klik pada nama syarikat yang ingin diselidiki dan satu halaman berbentuk 'dashboard' akan dipaparkan, yang memberikan semua maklumat dan pautan mengenai sesuatu syarikat.

Saya ambil contoh syarikat APM Automotive dan memaparkan screen capture info mengenai syarikat tersebut:



Maklumat yang boleh diperolehi daripada laman ini termasuk:
  1. Pautan kepada laman web, laporan tahunan dan mesyuarat agung syarikat.
  2. Data saham untuk hari yang berkenaan.
  3. Carta saham untuk tempoh 3 - 6 bulan dan 1, 3 & 5 tahun.
  4. Pengumuman terbaru yang dibuat kepada Bursa Malaysia termasuk laporan suku tahunan.
  5. Dividen terkini yang diumumkan dan dibayar
  6. Laporan penyelidikan terkini, jika ada, mengenai Syarikat.
Pendek kata, pelabur boleh menjadikan laman ini sebagai titik permulaan bagi semua penyelidikan mereka. Ini bermakna mereka sebenarnya tidak perlu melanggan untuk sebarang perkhidmatan saham selain daripada kemudahan yang disediakan oleh broker mereka, terutamanya jika mereka pelabur berasaskan fundamentals.   

Selain daripada maklumat ini, anda boleh melakukan news search untuk mengikuti perkembangan terkini tentang syarikat dan juga memuat turun laporan penyelidikan tambahan lain yang boleh dicari menerusi Google mengenai syarikat.

No comments:

Post a Comment