Wednesday, February 22, 2012

Al-Ijābah ‘Anis Su’āl 14

Soalan:

Siapah Bulyan bin Mulkan?

Jawapan:

Bulyan bin Mulkan (بليا بن ملكان) ialah nama sebenar Nabi Khidir a.s. Setengah berpendapat beliau adalah anak Nabi Adam a.s dan setengah lagi berpendapat cucu cicit Nabi Nuh a.s. Beliau dari Bani Israel.

Digelar Khidir dengan makna hijau kerana bila berjalan di tempat yang dilalui akan menghijau yakni di tempat yang kontang berubah subur. Tentang hal ini juga tiada dalil yang sahih melainkan dari kitab tarikh. Beliau antara manusia dipanjangkan oleh Allah akan umurnya sehingga Hari Kiamat. Tugasnya ialah berdakwah dengan cara tersendiri. Dihijabkan oleh Allah dari pandangan manusia kecuali pada hamba-hambaNya yang dikehendakiNya. Dijadikan laut seperti bumi baginya.

Ulama khilaf dalam menentukan samada beliau wali atau nabi. Jadi sesiapa yang berpegang kepada salah satu dari dua pendapat adalah benar kerana ianya perkara khilaf.

Begitu juga hal samada beliau telah meninggal dunia atau masih hidup. Ianya perkara khilaf dengan masing-masing ada pendapat. Dari kita berbahas panjang hidup ke tak sehingga bermasam muka baik kita ambil iktibar dari kisahnya, kesolehannya. Itu lebih utama. Bahas-bahas tapi cara hidup tetap sama masih derhaka kepada Allah buat apa, masih lawan ulama, orang ajak kepada Islam kita buat endah tak endah. Eret reng la boh. Namun bagi golongan sufi dan ahlul makrifah menyakini Nabi Khidir masih hidup dan melalui pandangan guru-guru tua dalam ilmu makrifah (yang pernah berjumpa dan talaqi) ada beberapa tariq untuk bertemu Nabi Khidir a.s jika diizinkan Allah SWT dan ada tanda khusus membezakan yang mana Khidir asli dan palsu.

Kisahnya disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Kahfi yang merakamkan kisah beliau dengan Nabi Musa ASW.

WaLlahua’lam.

No comments:

Post a Comment