Wednesday, February 22, 2012

Tarikh Rasulullah SAW Wafat



Dalam kitab-kitab Sirah menyebut Rasulullah SAW wafat pada hari dan tarikh yang sama Rasulullah SAW dilahirkan ke dunia iaitu hari Isnin, 12 Rabi’ul Awwal. Dalam pengajian ilmu hakikat dan makrifat mati yang baik, khatam makrifatnya ialah mati pada hari dan tarikh yang sama dengan lahirnya berdasarkan tarikh dan hari wafatnya Rasulullah SAW.

Tidak dinafikan mati hari Jumaat adalah baik kerana ada Hadith SAW tapi meninggal dunia pada hari dan tarikh yang sama dengan lahirnya juga adalah baik. Kerana itu bagi orang yang belajar ilmu hakikat dan makrifat tidak hairan melihat para wali, orang soleh yang meninggal dunia bukan pada hari Jumaat. Orang yang belajar tidak akan mengata, “Tok guru tu dok mati hari Jumaat, ingat taraf tok guru mati Jumaat baru molek”. Tidak sekali-kali kerana mereka belajar dan mereka faham. Kerana itulah juga kita melihat orang yang benar-benar tasawufnya, mendalam hakikatnya, khatam makrifatnya walau pada pandangan orang awam dia ni compang-camping tapi Allah memandangnya dengan pandangan RahmatNya sepertimana Allah SWT memandang hamba-hamba yang dikasihiNya dan terkenal dikalangan penduduk bumi.

No comments:

Post a Comment