Wednesday, February 8, 2012

Teknik semakan 3W’s dalam penulisan dan perbualan bahasa Inggeris

**Ulangan posting sebelum ini dengan penambahan penerangan.
###################################################

Kalau anda tertanya2 dalam bahasa Inggeris ni apa yg nak kita check ya sebelum bercakap dan menulis pada saya senang sahaja..

Check the 3 W’s.

1. When
2. Who or What

When – Basically is to check your tense. ie tense mana yang nak gunakan. Setiap
ayat yang kita buat in English mesti gunakan 1/12 or satu dari 12 tenses yang ada.

Who / What – Bila dah check ‘when’ check pulak anda bercakap tentang siapa atau apa sebab Who / What akan menentukan verb apa yang perlu anda gunakan.I have modified sedikit jenis Who/What yang diperkenalkan oleh Puan Norbi dan ada lima kategori Who / What iaitu:-

1. I
2. You
3. Singular – nouns and pronouns
4. Plural – nouns and pronouns
5. Uncountable nouns

Sebagai contoh,jika anda bercakap tentang fakta yang masih betul sekarang (fact that is still true now), dimana WHEN=now anda kena gunakan ia dalam bentuk Simple Present.

Selepas itu semaklah pulak the Who / What yang anda ingin ceritakan kerana ianya mungkin tidak sama. e.g.

1. I – I am dirty.
2. You – You are dirty.
3. Singular – Ali is dirty
4. Plural – They are dirty
5. Uncountable nouns -The water is dirty.

Perhatikan yang Verb TO BE yang berbeza ( am, is, are) digunakan di dalam ayat di atas.

Dalam contoh 5 ayat di atas, Ver TO BE perlu diselitkan kerana ‘dirty’ ialah satu adjective atau kata sifat dan adjective cuma menerangkan dgn lebih lanjut tentang sesuatu noun itu.

Dalam ayat di atas ‘dirty’ menerangkan tahap kebersihan nouns itu semua.Bagaimanapun ‘dirty’ tidak menunjukkan ‘tense’ atau ‘bila’ keadaan itu berlaku. Itulah sebabnya,anda perlu selitkan Verb TO BE untuk membantu dlm ayat itu untuk memberitahu ttg MASA.

Kalau anda ingin menceritakan tentang ‘dirty’ yg sekarang,anda perlu gunakan am,is dan are seperti dlm cth di atas.

Dengan menggunakan subjects yang sama tetapi anda ingin bercerita tentang ‘dirty’ di masa lepas maka anda perlulah menggunakan Verb TO BE anda dalam bentuk Past Tense isitu ‘was’ dan ‘were’

1. I – I was dirty yesterday.
2. You – You were dirty yesterday.
3. Singular – Ali was dirty yesterday.
4. Plural – They were dirty yesterday.
5. Uncountable nouns -The water was dirty yesterday.

Perhatikan yang kebiasaannya apabila anda menggunakan Verb TO BE dalam Simple Past Tense, penunjuk masa lepas seperti ‘yesterday’ ‘just now’, ‘one hour ago’ perlu digunakan.

Harap dapat membantu ya.

Kursus Asas-Asas Perbualan dan Penulisan bahasa Inggeris untuk dewasa di Putrajaya akan bermula pada 11hb Feb ini dan di Sunway pada 12hb Feb.Tempat terhad.

Tuisyen pelajar2 sekolah akan bermula esok di Kompleks Kejiranan Prct 16,Putrajaya dan minggu depan di Taman Universiti,Bangi dan sudah bermula di Sunway.Penekanan kepada aspek tatabahasa,kosakata dan latihan persediaan peperiksaan.

Cikgu Yusoff
cikgutuition@yahoo.com
019-3090711

No comments:

Post a Comment