Monday, March 4, 2013

Cara Asuhan Anak Asia vs. Cara Asuhan Anak Barat – Apakah Perbezaannya?

Cara Asuhan Anak Asia vs. Cara Asuhan Anak Barat – Apakah Perbezaannya?

POSTED ON MARCH 2, 2013 · POSTED IN KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN
Asuhan Anak Asia vs. Cara Asuhan Anak BaratIsu asuhan anak di Asia vs. Barat telah mendapat perhatian apabila seorang professor Yale menerbitkan sebuah buku mengenainya. Buku tersebut bertajuk ‘Battle Hymn of the Tiger Mother’ yang ditulis oleh Amy Chua. Buku itu membahaskan tentang asuhan anak di Asia dan asuhan anak di Barat dan telah menerima pelbagai pencanggahan pendapat daripada ramai pembaca.
Buku ini merupakan salah satu idea yang menggambarkan cara asuhan anak Asia adalah terlalu tegas jika dibandingkan dengan teknik asuhan Barat yang lebih berlembut. Berikut merupakan antara isu yang menyebabkan teknik asuhan Asia dan Barat berbeza:

1. Pencapaian akademik menjadi kayu ukur kepada ibu bapa yang baik.

Didikan ibu bapa Asia sering stereotaip kerana mereka meletakkan harapan tinggi dan terlalu banyak memberikan tekanan kepada kanak-kanak untuk berjaya dan memenuhinya. Namun perkara ini bukanlah sentiasa dipersalahkan.
Malah, beberapa kajian yang membandingkan kepercayaan ibu bapa Barat dan Asia mendedahkan bahawa sekitar 70% ibu Barat tidak mengganggap penekanan terhadap kejayaan akademik adalah penting untuk anak-anak mereka. Sementara itu, 100% ibu bapa Asia percaya bahawa kejayaan akademik adalah tonggak yang utama. Tegasnya, ibu bapa Asia cenderung mengukur asas kejayaan mendidik kepada pencapaian akademik anak-anak. Ini bermakna, jika anak tersebut berjaya dalam bidang akademik, ia menggambarkan kejayaan mereka dalam membesarkan anak-anak. Adapun jika kanak-kanak tersebut tidak cemerlang di sekolah, langsung menunjukkan kegagalan ibu bapa dalam memainkan peranan semasa membesarkan anak-anak.
Walaupun perkara ini tidak terlalu ketara dalam masyarakat hari ini, namun terdapat banyak negara di Asia termasuk Malaysia, China dan Korea Selatan serta beberapa negara lagiyang sentiasa dipengaruhi oleh pemikiran sebegini.

2. Hal-hal keperibadian.

Walaupun asuhan anak Asia memberi penekanan kepada pencapaian akademik, namun teknik asuhan Barat lebih mempercayai dan memberi tumpuan terhadap keperibadian seseorang. Ibu bapa Barat sangat menitikberatkan didikan anak-anak supaya mereka tahu membuat keputusan terhadap diri sendiri dan dapat meluahkan perwatakan diri mereka sepenuhnya. Walaubagaimanapun ibu bapa Asia berpendapat, jika kanak-kanak dibiarkan sendiri, mereka tidak akan memenuhi pancapaian tertinggi mereka. Jadi, ini merupakan satu lagi isu yang menjadi pertembungan antara prisnip asuhan Asia dan Barat.
Ramai pakar percaya bahawa kedua-dua prinsip ini boleh digunapakai. Walaubagaimanapun, pakar mencadangkan, ibu bapa perlu membiarkan anak-anak mencari sendiri perwatakan mereka, tetapi bukan terus mengabaikan ibu bapa. Ibu bapa Barat perlu sentiasa berada di sisi anak- anak untuk kekal aktif memberi galakan kepada mereka untuk mencari watak sendiri. Sebaliknya, ibu bapa Asia keterlaluan dalam memberikan galakan sehingga kadang-kadang menaruh harapan yang tinggi. Oleh itu, pakar mencadangkan agar ibu bapa Asia lebih menumpukan kepada sokongan dan bukanlah jangkaan.

3. Amalan membawa kepada kesempurnaan.

Amalan merupakan konsep utama dalam teknik asuhan Asia. Disebabkan itulah kurikulum Asia terdiri daripada pelbagai amalan ujian. Masyarakat Asia juga percaya bahawa amalan yang berterusan adalah kunci untuk berjaya. Perkara ini mempunyai kelebihan tertentu, antaranya ibu bapa dapat memupuk kesabaran kepada anak-anak dan akhirnya melatih mereka belajar, meningkatkan tahap dalaman diri. Walaubagaimapun, semasa menggalakkan anak-anak dalam proses ini, ibu bapa Asia sering bertindak melulu. Sebagai contoh, ibu bapa telah menyusun jadual anak-anak selepas tamat sesi persekolahan harian bagi memaksimakan masa mereka untuk mengamalkan sesuatu yang telah ditetapkan. Hal ini kadangkala telah menyekat kegembiraan dan keseronokan daripada melakukan akiviti-aktiviti yang digemari oleh mereka.
Pengamalan tidak memainkan peranan yang besar dalam asuhan di Barat. Sebaliknya ibu bapa Barat lebih tertumpu kepada mencungkil bakat-bakat semulajadi. Mereka mahukan anak-anak meneroka kebolehan semulajadi diri sendiri dan matlamat utama mereka adalah untuk membuat anak-anak mempunyai jati diri tinggi terhadap kobolehan semulajadi mereka. Keadaan ini turut mempunyai kelemahan, sesetengah kanak-kanak cenderung menjadi terlalu yakin sehingga tidak memikirkan cara untuk meningkatkan diri. Walaubagaimanapun, kaedah ini bermanfaat untuk meningkatkan keyakinan serta jati diri kanak-kanak.

Apakah yang Perlu Dilakukan oleh Ibu Bapa Asia bagi Menghadapi Pencanggahan Teknik

Persoalannya ialah, sebagai ibu bapa Asia apa yang perlu anda lakukan?
Ibu bapa Asia tidak perlu untuk meninggalkan tradisi dalam prinsip asuhan yang telah diamalkan secara turun temurun dengan terus menyerap asuhan gaya Barat. Hal ini kerana kedua-dua teknik asuhan masih memiliki kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Dalam era modenisasi ini, sebagai ibu bapa tindakan terbaik yang dapat dilaksanakan ialah belajar dan aplikasikan setiap sedikit daripadanya bagi mencapai keseimbangan dalam kedua-dua teknik supaya anda dapat memanfaatkan kelebihannya dan meminimakan kekurangan daripadanya.
Hal ini akan membantu anda untuk melahirkan perwatakan anak-anak yang menyeluruh dan memahami diri sendiri serta seimbang antara jati diri mahupun disiplin hidup.

No comments:

Post a Comment