Tips Mengenal Pasti Lokasi ‘Hot’
Soalan yang paling kerap aku terima akhir-akhir ini ialah, “Bro, ok tak kalau kita beli rumah kat …………. ” dan bagi memudahkan korang untuk mengetahuinya, elok rasanya jika aku kongsikan salah satu tips yang aku praktikkan selama ini di dalam mengenal pasti samaada satu-satu lokasi/kawasan itu benar-benar ‘hot‘.
Tipsnya mudah sahaja. Apa yang korang perlu buat adalah dengan melihat tampalan iklan baik di laman web mudah.my, iproperty mahu pun di Classified Ads The Star yang mengiklankan rumah untuk dijual/sewa di satu-satu lokasi. Setelah itu, korang bolehlah menghabiskan kredit bil cellphone korang dengan menghubungi nombor yang tertera dan nantikan samaada rumah tersebut telah pun dijual/sewa. Jika telah pun dijual/sewa sedangkan iklan tersebut baru sahaja diiklankan, ini bermakna memang ‘hot‘lah lokasi tersebut dan begitu jugalah sebaliknya.
Mudah bukan? Dan aku harap tips ini bakal membantu korang untuk mengenal pasti lokasi ‘hot‘ yang korang impikan baik untuk tujuan mendapatkan keuntungan ‘flipping’ mahu pun menghasilkan ‘passive income’ dari rumah yang bakal korang beli.
AE : Sama juga konsepnya kalau korang nak mengenal pasti lelaki ‘hot‘. Apa yang korang perlu lihat adalah, berapa kerapkah ‘wajah’ lelaki tersebut di’iklan’kan di majalah atau dada-dada akhbar macam jejaka maskulin di bawah ini.
No comments:
Post a Comment