04 MAC 2013
Memang padah sungguh jadi rakan saya
Rakan sepejabat saya ni, baik orangnya
Perempuan dari Pantai Timur.
Datang ke sini untuk bekerja.
Nampak dia berjimat dalam perbelanjaan.
Setiap bulan hantar wang ke kampung.
Pergi kerja ada pemandu... pemandu bas.
Katanya dia nak sambung belajar. nak buat Ijazah pula.
Saya sokong. Saya pesan padanya, sambung lah belajar sementara muda.
Ambil bidang yang diminati.
Kalau harap pada jawatan sekarang, nak naik pangkat susah.
Padahnya bermula apabila saya mula berkongsi (atau membebel) tentang betapa perlunya dia membeli rumah
kata saya, beli rumah.. sementara belum berkahwin.
Kalau tak beli rumah pun, duit habis juga ke lain.
Puas hampir setahun kena bebel, akhirnya saya kongsi padanya satu projek apartment baru.
Villa Tropika.
Bayar RM 500 sahaja.
Selebihnya masuk dalam pinjaman.
Memang sesuai sangat untuk orang yang tak ada tunai banyak dan tak ada modal
tapi nak beli rumah
Saya pernah kongsikan kisah ini pada tahun 2010 DI SINI.
Kemudian bila dia dah dapat surat Vacant Posession DI SINI
Kemudian bila dia dah dapat surat Vacant Posession DI SINI
Villa Tropika Gambar bender tu bukan photoshop tau. Memang bendera tu ada di situ, tak boleh elak |
Saya coach dia secara tak rasmi, sebab tak ada pun saya buat program coaching pada masa tu kan..
Saya beri pandangan dan ambil tahu dari tengok rumah, booking, buat permohonan pinjaman, bayar progress payment sampai lah dapat kunci.
Yess yesss!
Khamis lepas dapat kunci.
Memang tersengeh-sengeh lah dia gembira.
Dengan hanya RM 500, beliau memiliki sebuah apartment yang kini asking price adalah RM 280K.
Kalau betul ini harga pasarannya, beliau sudah untung atas kertas sebanyak RM 120K.
woww.. wowww...
Saya turut hadir semasa beliau ambil kunci Khamis lepas.
Sebab nak juga saya tengok hasil apa yang telah saya cadangkan kepadanya.
Pemandangan dari tingkap ruang tamu |
Rumah ni bagus, lokasi bagus.
Ruang makan, ruang tamu dan dapurnya agak luas.
Cuma bilik master sempit sedikit.
Sebab bila dia letak bilik air kat dalam, ia makan ruang.
Tapi untuk satu apartment berharga RM 160K, dah ok sangat dah ni.
Cuma saya kurang berpuas hati dengan cara MCT Homes atau B&G (anak syarikatnya) buat penyerahan kunci
Saya kira, semasa saya dapat kunci untuk rumah kos rendah saya dari Getaris pun jauh lebih baik.
Sepatutnya, wakil pihak pemaju bawa pembeli ke rumah.
Tunjukkan rumah, dan kira adakah cukup semua plug point, suis elektrik, paip air, tempat letak sabun. point lampu dan kipas dan point aircond jika ada.
Ada borang yang perlu diisi untuk pastikan ia cukup seperti di dalam S&P.
Tapi ini tidak berlaku masa kawan saya ambil kunci.
Borang untuk cek kelengkapan ni pun tak ada.
Yang ada hanya borang defect dan borang mohon kebenaran buat kerja-kerja renovation.
Saya sampai lambat sikit hari tu tapi ini lah yang kawan saya cerita
wakil pemaju pun tak ada kira berapa point-point tu semua.
Tunjuk rumah, bagi kunci dan bagi borang.
Tu je..
Apatah lagi nak guide pembeli periksa defect.
Aiyo...
Bila kami cuba buka air di tandas pun, air belum disambung.
Biasanya wakil pemaju akan pastikan air telah disambung. Dia akan periksa
Ini tidak.
Air hanya ada di sink dapur, tapi tak ada di kedua-dua bilik air dan yard.
Bila rakan saya ke pejabat pengurusan minta mereka sambung air, katanya dah sambung.
Aik...
Saya ada jeling-jeling dan ketuk-ketuk sikit.
Ada beberapa defect.
Nak kena periksa betul-betul ni..
Versi tanpa bendera :) |
Apa pun, tahniah kepada rakan saya.
Seorang lagi tuan rumah wanita baru!
Memang padahlah jadi rakan saya dan mangsa coaching saya.
Zassss!!
(teringat VP saya yang siap ada sesi bergambar dulu tu... heeee...)
No comments:
Post a Comment