Wednesday, April 24, 2013

4 Panduan Pelaburan Yang Dapat Mengelakkan Anda Rugi

4 Panduan Pelaburan Yang Dapat Mengelakkan Anda Rugi

1. Ada Modal

Pastikan modal tersebut tidak menjejaskan kualiti hidup sekiranya modal tersebut rugi besar.
Sekiranya kita kerugian 50% dari modal dan gaya hidup kita terpaksa berubah itu tandanya kita melabur lebih dari yang sepatutnya. Apatah lagi kalau modal tersebut datang dari duit orang lain. Overleverage namanya.

2. Pilih Bidang Pelaburan Yang Sesuai

Jangan ikut orang.
Pilih bidang pelaburan yang sesuai dengan diri sendiri seperti modal, kerjaya dan kemahiran. Kalau jenis pemalas tak mahu menguruskan penyewa rumah, buat apa terlibat dalam pelaburan hartanah. Kalau baru beli saham dan setiap minit nak tengok harga jatuh ke naik ke, buat apa main saham?
mindset investing

3. Mindset Yang Betul

Dalam pelaburan kita kena kawal rugi dulu.
Jadi pastikan kita tahu cara-cara yang betul untuk mengelakkan peluang pelaburan yang rendah kualitinya. Keuntungan pelaburan banyak datang dari kejayaan kita menolak peluang pelaburan yang datang depan mata. Benda yang berkualiti tak semestinya bling bling. Yang terlebih ‘berkilat’ tu selalunya menipu.

4. Sentiasa Beli Semasa Diskaun

Macam mana nak untung kalau asyik beli pada harga yang sama dengan harga orang lain beli?
Jadi kena tahu cara membeli sesuatu pelaburan ketika ianya datang dengan harga yang murah atau diskaun. Bila kita dapat beli pada harga diskaun, kebarangkalian untuk untung adalah sangat tinggi.

Bonus Tips # 5 : Sabar

Anggaplah diri kita seperti petani.
Tanam benih hari pagi tadi, petang nanti dah boleh tuai hasil ke?

No comments:

Post a Comment