Wednesday, April 3, 2013

6 Cara Selesaikan Hutang Kad Kredit

6 Cara Selesaikan Hutang Kad Kredit

“Avoid debt.”
Itu antara nasihat Warren Buffett kepada kita semua.
Sekiranya kalian terbeban dengan hutang kad kredit, berikut ada 6 strategi yang dapat digunakan:

1. Bayar kad yang ada baki hutang paling rendah dulu.

Selesaikan hutang kad kredit mengikut keutaaman. Keutamaan disusun mengikut jumlah hutang kad kredit yang paling rendah sehinggalah yang paling tinggi.  Sekiranya anda ada 5 kad kredit, fokuskan membayar hutang kad kredit yang paling rendah jumlah hutangnya dengan melebihkan sedikit jumlah bayarannya setiap bulan (kad yang lain hanya bayar minimum).

2. Bayar kad yang kena caj paling tinggi dulu

Konsepnya sama dengan kaedah #1. Cuma susunannya yang berbeza. Kaedah ini disusun mengikut interest rate yang paling tinggi. Fokuskan untuk selesaikan kad yang paling tinggi interest. Jadi, semak penyata kad kredit dan pastikan tahu kad-kad kita berada dalam caj tier yang mana.

3. Balance transfer

Anda juga boleh buat kaedah ini sekiranya rate yang ditawarkan bank yang lain adalah lebih murah. Pastikan anda telah membuat pengiraan terlebih dahulu dan bandingkan dengan mengekalkan kad sedia ada. Sekiranya berbaloi, maka kaedah ini boleh digunakan.

4.  Bayar lebih dari jumlah minimum

Cari duit tambahan untuk bayar lebih dari jumlah minimum.  Ini akan mempercepatkan kadar pembayaran balik kepada bank walaupun hanya sekadar tambahan RM100 setiap bulan. Duit tambahan boleh dicari dengan menjalankanbisnes secara part-time.

5. Korek lubang, tutup lubang

Walaupun kaedah ini tidak digalakkan, tetapi sekiranya itu sahaja jalan yang ada, maka kaedah ini boleh diguna pakai. Pastikan kadar pembiayaan peribadi tersebut adalah lebih rendah dari kadar caj kad kredit. Pastikan membuat pembiayaan menyamai jumlah hutang kad kredit yang hendak diselesaikan sahaja, jangan pinjam lebih ye :)

6. Refinance rumah

Kaedah ini sesuai digunakan sekiranya selepas refinance rumah, jumlah bayaraninstallment rumah masih sama dan juga dapat duit tunai. Duit tersebut digunakan untuk membayar semua hutang kad kredit yang sedia ada. Pastikan anda telah membuat pengiraan yang lengkap terlebih dahulu sebelum memilih kaedah ini.

No comments:

Post a Comment