Tuesday, April 16, 2013

Metod Al-Quran bi Al-Quran (QbQ) Mukjizat Abad ke-21

Metod Al-Quran bi Al-Quran (QbQ) Mukjizat Abad ke-21

Qur'analyst/pengarang: Khalid Yong   khalidyong@gmail.com


Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT kerana maseh diberi masa, ruang dan peluang untuk kita semua meneruskan pengkajian kitab Al-Quran, kitab yang maha agung, yang lebih baik dari segala-gala kitab samada yang sedang mahupun yang akan dikarang (Al-Quran Yunus 10:58), lebih baik dari "kitab" super-super komputer.




Marilah kita berselawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh ahli keluarga baginda, sekalian nabi dan rasul, para sahabat dan para tabiin, juga kepada seluruh pejuang Islam, para alim-ulama, dan seluruh muslimin/mat dan mukminin/nat. 

Dengan izin Allah SWT kita berjumpa lagi dalam siri "Kajian Al-Quran dan ICT", iaitu kajian ayat Quran dengan metod Al-Quran bi Al-Quran (QbQ). Konsep QbQ ini telah digunakan dengan meluas dalam industri ICT (komputer) misal semantic web, DB management system (DBMS), Knowledge Base System (KB), Artificial Intelligence (AI), Expert System (ES), Business Intelligence (BI), dan sebagainya. Metod yang digunakan Barat ini hanyalah 1% dari metod QbQ yang dijelaskan di dalam Al-Quran, kenapa umat Islam tidak mahu bersungguh-sungguh mengkaji ilmu dan teknologi QbQ ini?  

QbQ ini adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah SWT kepada seluruh manusia bagi abad ke-21 ini. Oleh itu saya ingin menyarankan kepada setiap universiti yang "berlabelkan Islam" supaya mewajibkan setiap pelajar mengambil kursus "overview QbQ", dan kepada pelajar dalam jurusan Islam terutama pengajian Al-Quran dan Al-Hadith supaya mengambil 2-3 subjek QbQ sebab mereka akan menjadi sumber rujukan, menjadi pengkaji dan penjana ilmu-ilmu dari kitab Al-Quran.

Saya yakin sesiapa sahaja yang belajar dan faham metod QbQ ini, hati mereka akan terusik, terpesona, kagum dan ta'jub dengan kehebatan, kecanggihan dan ketinggian kitab Al-Quranul Karim. Tentu mereka akan tertanya-tanya bagaimana kitab Al-Quran yang diturunkan pada 1,400 yang lampau boleh mengandungi ilmu yang lebih hebat dari super-super komputer.



QbQ Mukjizat Abad ke-21


Marilah kita semua berganding bahu bersatu tenaga bersama-sama menjayakan metod QbQ ini sebab metod QbQ yang kita bina ini, yang berasaskan ICT (komputer) barulah hanya 1% dari apa yang terkandung dalam Al-Quran. Sekiranya umat Islam mahu kembali menjadi khalifah dunia, mahu kembali membina keagungan dan ketamadunan Islam, marilah kita semua sama-sama kembali kepada kitab Al-Quran yang penuh dengan mukjizat ini.

Pada hakikatnya tidak ada metod Al-Quran bi Al-Quran (QbQ) sebab nama "Al-Quran" itu sendiri sudah pun membawa makna "perhubung-kaitan antara sesama ayat Quran", sudah pun bererti QbQ. Sama seperti "database", tidak ada orang sebut "database dengan database" sebab orang sudah faham "database" itu bermakna "datanya berhubung-kait sesama sendiri". 

Kita janganlah salahkan sesiapa, jangan salahkan para alim ulama agama sebab mereka juga sudah bekerja keras, sudah bertungkus-lumus untuk menjayakan metod Al-Quran bi Al-Quran (QbQ) ini, namun sehingga abad ke-20 tidak ada yang menyerlah. Ini semua adalah kahendak dan ketentuan Allah SWT, Dia mahu membuktikan kepada manusia bahawa Al-Quran itu kitab yang sesuai sepanjang masa dan zaman. Maka mukjizat-mukjizat yang terkandung di dalamnya "dilepaskan", dikeluarkan berdikit-dikit (tidak sekali gus) dari zaman ke zaman. 

Sekarang zaman ICT dan super-super komputer, maka Allah SWT membuktikan bahawa Al-Quran itu lebih hebat dan lebih canggih dari super-super komputer! Allah SWT telah "melepaskan" satu lagi mukjizat hebat dari kitab Al-Quran iaitu metod QbQ, yang lebih hebat dari ICT dan super-super komputer, untuk membuktikan Al-Quran kitab yang melampaui zaman dan peradaban, yang sesuai hingga ke hari kiamat.


  
Membina Teleportation


Saintis Barat sudah hampir ke tahap tepu, sudah hampir ke tahap maksima, sudah tidak boleh pergi lebih jauh lagi. CERN (hadron collider) dan Fermilab (particle accelarator) sudah berjaya memecahkan "proton" iaitu satu unsur dalam nuklues (bukannya kereta "proton" saga buatan Malaysia). Mereka tidak akan mampu memecahkan foton atau elektron sebab ianya terlalu halus, terlalu-lalu kecil iaitu berada pada tahap "semi-fizikal", "semi-ghaib", "semi-existence". Kalau pun mereka mampu, hanyalah membuat model matematik sahaja.



Tetapi umat Islam, ada Al-Quran kitab yang dapat menjelaskan segala perkara, segala hukum dan peraturan alam baik yang fizikal (berjisim) mahupun yang meta-fizik, "beyond physic", yang ghaib, yang tidak berjisim. Sekira umat Islam mahu "memintas" kehebatan Barat, misalnya mahu menjana ilmu dan membina enjin "teleportation" maka tidak ada jalan lain selain kembali kepada Al-Quran, sama-sama  membina QbQ.




Hanya dengan Al-Quran sahaja manusia boleh membina teknologi hebat seperti "teleportation" sebagaimananya yang dijelaskan di dalam surah An-Naml 27:38-40 iaitu "boleh memindahkan Istana kerajaan Ratu Balqis dalam sekelip mata sahaja". Di dalam ayat 27:40 ini Allah SWT menjelaskan ilmu-ilmu orang kafir tidak dapat menandingi ilmu-ilmu dari kitab Al-Quran. Apa yang kita lihat dalam filem "Star Trek" hanyalah lakonan sahaja, namun Al-Quran menjelaskan ilmu dan teknologi "teleportation" memang benar-benar wujud dan sudah pun berlaku. Adakah anda tidak percaya? Adakah anda kata Al-Quran itu cerita-cerita karut dan dongeng?




Pada surah Al-Anbiyak 21:5, Allah SWT menjelaskan segala apa yang dijelaskan di dalam Al-Quran adalah benar belaka, bukannya cerita karut, bukannya dongeng, bukannya khayalan. Bagaimana mahu mengeluarkan 10 lautan-dakwat ilmu dari Al-Quran? Marilah kita sama-sama berusaha dan bersatu tenaga membina Quranpedia yang berasaskan metod QbQ. 


Metaphysic: Beyond Matter, Beyond Energy

Pada abad ke-21 ini, sains fizikal atau sains berjisim akan sampai ke tahap kemuncak. Makmal CERN dan Fermilab yang bernilai beratus bilion ringgit itu akan menjadi seperti "reban ayam" berbanding dengan makmal Quranpedia. Makmal CERN dan Fermilab tidak akan mampu mengkaji fenomena sains metafizik, sains "semi-ghaib", sains yang tidak boleh diteka (unpredictable), yang tidak boleh diuji dalam makmal.

Insyaallah, Makmal Quranpedia akan menjadi makmal pertama di dunia yang mengkaji dan menjana ilmu sains, menjana ilmu hukum-hakam alam, menjana ilmu reality, ilmu kewujudan, ilmu existency, secara filosofi, secara ilmu mantik, secara ilmu kalam, secara ilmu usul logik seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran. Apabila sampai tahap sub-atomik, tahap elektron, foton, meuon, nutrino, tahap semi-ghaib, tahap ghaib, tahap metafizik, maka makmal-makmal yang berasaskan fizikal tidak akan berfungsi lagi. Makmal-makmal ini tidak akan mampu mengkaji perkara-perkara ghaib seperti "nyawa" (menukar hidup ke mati, dan sebaliknya), iaitu unsur utama dalam teknologi "teleportation", tetapi Al-Quran telah menjelaskannya.



Pada ayat Al-An'am 6:95 Al-Quran menjelaskan tentang "pembelahan nukleus" dan tentang "penukaran dari hidup ke mati, dan sebaliknya", dan pada siri yang lepas kita sudah mengkaji ayat n-Nahl 16:48 yang menjelaskan tentang E=MC2, yang mejelaskan tentang bagaimana segala makhluq dijadikan. Ilmu dan teknology menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup yang dapat dikaji melalui kitab Al-Quran sahaja.

Saintis Barat tidak akan dapat mengkaji "daakhirun" dalam makmal fizikal sebab makmal fizikal hanya dapat mengkaji "real particle", bukan "bayang-bayang" partikel. 



Al-Quran bukan sahaja menjelaskan tentang kejadian segala makhluq Allah, malah menjelaskan dengan mendalam tentang kejadian makhluq yang hidup, iaitu daripada air.




Kajilah ayat Al-Anbiyak 21:30 di mana Allah menjelaskan benda hidup dijadikan dari air. Semua "clue" dan usul yang diperlukan untuk menjana ilmu dan teknologi "teleportation" sudah dijelaskan dalam Al-Quran seperti memecah nukleus, mematikan yang hidup dan menghidupakan yang mati, dan sebagainya. Masih tidak percayakah kita bahwa Al-Quran menjelaskan ilmu dan teknologi "teleportation" dengan jelas lagi terperinci?

Oleh yang demikian sekali lagi saya menyeru kepada para pembaca. para pengkaji, para saintis, para ICTis, para alim ulama di mana saja berada, marilah kita sama-sama bekerjasama membina prasarana ilmu "Quranpedia" yang berasaskan QbQ. Marilah kita sama-sama menjana ilmu dan teknologi baru. Marilah kita sama-sama mengembalikan keagungan Islam, dan meletakkan agama Islam pada tanda-aras yang sebenarnya, selayaknya, yang sesuai dengan agama yang maha benar, yang maha suci, yang telah diberikan kitab yang maha agung, yang maha hebat, kitab Al-Quranul Karim.


Perlu Bantuan

Saya sudah berusaha keras di Malaysia lebih 5 tahun, menghantar pelbagai surat dan kertas-cadangan, membuat persembahan dan perbincangan dengan ketua dekan/jabatan di beberapa IPTA, membentangkan pelbagai kertaskerja di pelbagai seminar dan konferans, namun tidak ada yang sudi bekerja-sama. Begitu juga dengan deraf-deraf buku yang saya hantar kepada beberapa penerbit, alhamdulillah pengarah penerbitan sangat gembira sehingga ada yang melabelnya sebagai "best-seller" (mungkin mereka main-main saja), namun pihak "panel penapis" masih lagi sedang menilit isi-kandunganya walaupun ada yang sudah lebih 3 tahun.

Selain dari buku, pelbagai cadangan lain dibuat seperti menghasilkan siri multi-media tentang segala hasil kajian saya seperti "Al-Quran menjelaskan ilmu wireless communication", "Al-Quran menjelaskan E=MC2", "Al-Quran menjelaskan Artificial Intelligence", "Al-Quran menjelaskan Piezo dan Pyro elektric", "Al-Quran menjelaskan Teleportation", dan sebagainya. Namun tidak mendapat apa-apa sambutan.

Alhamdulillah saya mendapat beberapa jemputan dari beberapa pembaca dari universiti di Indonesia, jutaan terima kaseh saya ucapkan. Sekarang saya merancang untuk menubuhkan "Pusat Kajian Al-Quran" di Bukittinggi, Indonesia, iaitu di kampung isteri saya. 

Namun terdapat sedikit kesulitan imigresen dan kerakyatan. Kepada para pembaca yang sudi membantu saya diharapkan dapat emel kepada akhalidyong@gmail.com. Saya tidak memerlukan apa-apa bantuan kewangan, sudah ada dana untuk memulakan pusat kajian ini, tetapi hanya memerlukan surat sokongan dari beberapa universiti di Indonesia untuk mempercepatkan proses imigresen dan kerakyatan ini. 


Meneruskan Kecemerlangan Prof. HAMKA

Ketika saya memulakan "Siri Kajian Al-Quran dan ICT", antara kitab yang mula-mula dibeli ialah Tafsir Al-Azhar karangan Prof. Dr. Hj. Abdulmalik Abdulkarim Amrullah (Prof. Hamka). Saya tidak menyangka rupanya Prof. Hamka berasal dari Bukittinggi, Indonesia sama tempat kelahiran isteri saya. 

Saya ingin mengucapkan terima kaseh di atas kesudian ustaz dan alim ulama mengunjungi dan berbincang dengan saya untuk menubuhkan dan menjayakan "Pusat Kajian Al-Quran" di Bukittinggi. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kepala Desa Datuk Nyik Mulia kerana telah bekerja keras dan bertungkus lumus untuk memastikan saya meneruskan kecemerlangan Prof. Hamka dan membawa "industri ilmu" ke Bukittinggi.

Juga jutaan terima kaseh kepada para pegawai di Kantor Camat Pekan Kamis, Kantor Bupati di Lubok Pasong, dan Pejabat Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur di atas segala kerjasama dan layanan baik yang telah diberikan. 

Mudah-mudahan atas berkat ilmu yang saya perolehi dari Pak Hamka, dari kitab-kitab tafsir Al-Azhar, usaha murni dan perjuangan Pak Hamka untuk meninggikan syiar Islam melalui penyampaian dan pengembangan ilmu dari kitab Al-Quran akan dapat diteruskan. Al-Quran adalah kitab mukjizat untuk sekalian alam sepanjang abad dan tamadun, "evergreen".


Al-Quran "Evergreen" Bermukjizat Sehingga Kiamat

Metod mengkaji ayat-ayat Al-Quran secara QbQ ini tidak pernah diberi "nafas baru" sejak ianya mula-mula diturunkan 1,400 tahun yang lampau. Kalau kita merujuk kepada kitab "Ulumul Quran" yang ada sekarang, metod QbQ ini boleh diajar dalam masa tidak sampai 30 minit. Padahal metod QbQ ini satu mukjizat yang teramat hebat, yang tidak akan habis dikaji dan dipelajari walaupun untuk 1,000 tahun lagi.

Al-Quran tidak seperti buku-buku biasa. Al-Quran bersifat "tasrif", bersifat rekersif. Sifat rekersif inilah yang menjadikan Al-Quran itu "evergreen", sentiasa relevan, sentiasa dapat menjana ilmu-ilmu baru yang bermanfaat kepada manusia. Apabila kita belajar ilmu-ilmu ICT (komputer), barulah kita faham rupanya Al-Quran itu sendiri sudah terlebih dahulu mengandungi ilmu-ilmu ICT. 

Sekiranya Al-Quran itu sama seperti buku-buku biasa, ianya sudah lama menjadi "gajah putih", sudah lama obsolete dimakan zaman. Tetapi lihatlah pada ayat Ar-Ra'd 13:7.




Ayat Ar-Ra'd 13:7, menjelaskan bahwa mukijizat Al-Quran (yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW) bukan habis pada zaman baginda sahaja, malah akan terus terserlah pada sepanjang zaman dan peradaban. Lihatlah bagaimana Al-Quran merentasi pelbagai zaman seperti menghadapi cabaran zaman peradaban bahasa dan kesusasterawanan, menghadapi zaman peradaban filosofi dan mantik, zaman peradaban sains dan teknologi, dan kini zaman peradaban ICT dan komputer.  

Insyaallah, Metod QbQ yang sama-sama kita bina ini akan membuktikan Al-Quran lebih hebat dari super-super komputer, lebih terkehadapan dari zaman dan tamadun ICT. Ada yang bertanya bagaimana "propositional logic" dapat menjana ilmu-ilmu baru "unlimited knowledge" untuk menjelaskan segala perkara sedangkan Al-Quran hanya mengandungi 6,666 ayat?


"Ahsanal Hadith" = Speech Act Theory (Teori Tindakan Percakapan)

Jawapannya ialah pada ayat Az-Zumar 39:23 iaitu "Ahsanal Hadith" atau "speech act theory" atau "teori tindakan/perlakuan percakapan". Apabila diQurankan ayat 39:23 dengan ayat 3:7, maka kitab Al-Quran akan menjadi kitab yang amat kaya dengan usul-usul, penuh 10-lautan usul (oceans of propositions, trilions of propositions), infiniti!

Saya berharap akan ada para cendiawan Islam yang akan membuat "teori perlakuan percakapan" seperti yang dibuat oleh John Searle yang antara lain menjelaskan tentang tindakan-tindakan "perlocutionary", "illocutionary", dan locutionary". Oleh kerana belum ada lagi para alim ulama bahasa dari pakar-pakar Al-Quran dan Al-Hadith yang mengeluarkan "teori perlakuan percakapan" seperti yang dikahendaki Al-Quran (ayat Az-Zumar 39:23), maka saya mengguna-pakai teori Barat yang ada ini.




Insyaallah kita akan liputi (cover) topik ini dengan lebih mendalam di siri-siri akan datang. Maka teori perlakuan/tindakan percakapan inilah yang akan membolehkan "propositional logik" (logik mantiq) menjana pelbagai usul dan seterusnya menjana ilmu-ilmu baru. Masyaallah hebatnya Al-Quran! Tetapi untuk mengeluarkan pelabagi usul, para pembaca mesti faham dan arif dengan maksud dan kahendak ayat-ayat "muhkamat", "mutasyabihat", dan larangan Allah SWT "ma-tasyabaha-minhu" iaitu jangan sama sekali menyamakan segala usul dengan sifat dan zatNya.



Al-Quran Kitab Usul Yang Diulang-ulang (mutasyabihan mathaani)  

Saya berharap para pembaca akan mendapat sedikit idea, nampak bayang-bayang kenapa kita disuruh mengkaji ayat-ayat mutasyabihat dan kita tidak boleh mengatakan ianya ayat-ayat yang samar-samar yang mesti ditinggalkan, yang mesti dijauhi. Umat Islam akan terus mundur kebelakang sekiranya maseh lagi berpegang bahwa ayat-ayat mutasyabihat adalah ayat-ayat yang mesti dihindari, yang tidak boleh dikaji.  




Allah SWT menyatakan seluruh kitab al-quran 6,666 adalah ayat-ayat muhkamat, dan Allah SWT juga mengatakan seluruh ayat-ayat al-Quran 6,666 ayat adalah juga ayat-ayat mutasyabihat. Malah 6,666 ayat mutasyabihat itu boleh diulang-ulang lagi, menjadi 10,000 ayat, menjadi 20,000 ayat, menjadi sejuta ayat, menjadi beratus-ratus juta ayat hinggalah ke infiniti.

Tidakkah konsep "kitaban mutasyabihan mathaani" ini tersangat hebat? Masyaallah!



Al-Quran Lebih Hebat Dari Alam Cakerawala

Dalam ayat 51:20-21 Allah SWT menyuruh manusia mengkaji alam-raya, suruh mengkaji dalam diri sendiri; yang menyambut seruan ini ialah para saintis Barat. Malang sekali segelintir alim ulama Islam asyik bercakaran sesama sendiri, asyik kafir mengkafir, dan menanam perasaan benci-membenci sesama sendiri sebab mereka berbeza pendapat tentang zat dan sifat Allah. Apa yang Allah larang, itulah yang mereka buat. Allah melarang manusia mengkaji sifat dan zat Allah, Allah melarang berbahas tentang "ma-tasyabaha-minhu". Dalam ayat 42:11 dan 6:103 Allah menjelaskan manusia tidak akan faham hakikat Allah SWT, tidak faham zatNya.

Kalaulah hal-hal tentang alam ini sendiri pun manusia tidak dapat memahami sepenuhnya, bagaimana mungkin manusia memahami sifat dan zat Allah SWT. Cuba kita bayangkan kita ini seperti seekor semut, dan kita berjalan-jalan di atas keyboard komputer, kita tidak pernah dan tidak akan tahu pun tentang komputer, yang kita tahu hanya alam kita iaitu mencari madu dan gula. Kalaulah terjumpa gula dicelah-celah keyboard maka kita fikir komputer itu berguna (berguna sebab ada gula, bukannya sebab ada komputer, bukan sebab kecanggihannya!). 

Kita lihat bagaimana Allah SWT mencipta dan mengatur alam ini, lihat bagaimana matahari yang panas itu boleh terapung-apung di ankgas, bagaimana bulan mengelilingi bumi, dan bagaimana berbilion-bilion cakerawala lain bergerak dengan teratur dan harmoni. 



Kita lihat pula dalam diri kita sendiri bagaimana Allah SWT menyusun 100,000,000,000 sel-sel (100 trilion), dan dalam setiap sel ini terdapat 6,000,000,000 pasang DNA (6 trilion)! Dan cuba kaji bagaimana trilion of trilion DNA ini berfungsi dan berkomunikasi sesama DNA lain dalam kromosom atau nukleus (gene expression), dalam selnya sendiri atau dengan 100 trilion sel-sel lain misalnya untuk mengeluarkan kod mRNA (menjana protin) atau membentuk sel-sel khusus untuk kegunaan organ tertentu? Proses ini berlaku setiap detik, setiap saat dalam setiap DNA segala kehidupan seperti manusia, binatang, dan tumbuhan. Dan segalanya sudah ditulis di dalam kitab Al-Quranul Karim.



Al-Quran Menjelaskan Hukum Alam



Di dalam ayat Al-Hadid 57:22 Allah SWT menjelaskan segala hukum-hakam dan peraturan alam sudah pun ditulis di dalam kitab Al-Quran. Allah menjelaskan segala hukum dan peraturan ini tidak akan diubah, tidak akan ditukar, maka sebab itu para saintis boleh mengeluarkan pelbagai formula seperti E=mc2, Newton Laws, Thermodynamic Laws, dan sebagainya.

Kenapa kita tidak boleh nampak segala hukum dan "Laws" ini tercatit dengan jelas dalam Al-Quran? Mana dia E=mc2, apa yang jelas (mubin)? Sebab itu ada segelintir alim ulama bertanya "Ayat mana yang menjelaskan tentang solat zohor (4 rakaat), solat maghrib (3 rakaat)", dan sebagainya. Inilah cabaran besar yang saya hadapi apabila berbincang dengan segelintir para alim ulama. Saya tidak dapat menjawab soalan mereka sebab saya bukanlah pakar agama, sepatutnya merekalah yang mengkaji dan memberitahu kepada saya. Bukannya cuba menghasut saya supaya menjadi ragu-ragu,  menjadi tidak yakin kepada Al-Quran. 

Misalnya  katakan saya ini seorang pembuat pukat (untuk menangkap ikan), maka saya tahu pelbagai jenis pukat, macamana nak design pukat, jenis-jenis benang, pelampung dan batu pemberat, dan sebagainya. Tetapi jangan tanya saya di mana terdapat banyak ikan kembong, ikan tenggiri, ikan salmon, macam nak buat minyak ikan, vitamin apa yang ada dalam ikan keli, dan sebagainya. Saya kaji Al-Quran dari perspektif ICT, jadi saya "nampak" ilmu-ilmu ICT (komputer) dalam Al-Quran, para ustaz pula pakar dalam bidang agama jadi mereka seharusnya nampak ilmu-ilmu agama dan peribadatan. Kalau mereka tidak nampak ilmu-ilmu agama dalam Al-Quran, janganlah disalahkan kitab Al-Quran, janganlah pula sanggup kufur dengan ayat-ayat Allah dan janganlah pula mengajak orang lain untuk sama-sama engkar, sama-sama kufur kepada janji dan penjelasan Allah (ayat-ayat Al-Quran).
 Kalau mereka boleh terima dan percaya kitab komputer yang hanya ada dua huruf sahaja ("0" dan "1") boleh keluarkan segala ilmu, segala bentuk tulisan, gambar, dan suara kenapa mereka tidak boleh terima dan percaya kitab Allah (yang menggunakan 36 huruf) boleh menjelaskan segala perkara, Subhanallah! 


Al-Quran Mematahkan Logik Akal Manusia

Akal manusia mungkin mampu mengadakan pelbagai logik dan alasan untuk menolak segala kejadian dan penciptaan alam ini sebab mereka kata alam ini boleh terjadi dengan sendiri. Tetapi mampukah akal manusia menolak kehebatan Allah SWT mencipta Al-Quran? yang hanya dengan 6,666 ayat boleh menjelaskan segala perkara dengan mendalam lagi terperinci? 

OK, alam-universe boleh terjadi dengan sendiri, secara natural, secara evolusi, tetapi mungkinkah kitab Al-Quran boleh terjadi dengan sendiri? Kalau ianya boleh terjadi dengan sendiri kenapa tidak ada buku-buku lain, kitab-kitab lain yang terjadi dengan sendiri? 



Adakah mampu Nabi Muhammad SAW seorang yang ummi,yang buta huruf, yang tidak pandai menulis dan membaca, yang tidak pernah pergi ke sekolah, menulis sebuah kitab sehebat ini? Bagaimana dia mampu menyusun ayat-ayat Al-Quran sedemikian rupa seolah-olah dia seorang pakar dan pereka super-super komputer, pakar dalam ilmu KB, AI dan rekersif, pakar dalam ontologi dan web teknologi, pakar dalam ilmu komunikasi tanpa wayar, pakar dalam nuklear fizik, pakar dalam nanotek, dalam biotek, dan sebagainya? 

Tidakkah ini membuktikan bahawa Al-Quran yang lebih hebat dari sekalian alam ini juga ada penciptanya? Ada pengarangnya yang jauh lebih hebat dari Al-Quran itu sendiri? Kalaulah Tuhan itu boleh mencipta dan menjadikan Al-Quran, yang jauh lebih kompleks dan canggih dari alam ini, maka kenapakah maseh ada di antara manusia yang tidak percaya bahawa alam ini ada penjadinya dan ianya tidak terjadi dengan sendiri. 


Allah SWT kata "Al-Quran adalah Makhluq"

Tidak dinafikan kitab Al-Quran adalah lebih hebat dari segala kejadian lain, lebih hebat dari penciptaan alam cakrawala, penciptaan bintang-bintang, bulan dan matahari, tetapi ia tetap benda yang dijadikan Allah SWT. Ianya tidak terjadi dengan sendiri. 




Di dalam surah Az-Zukhruf ayat yang ke-3 (43:3) Allah SWT dengan jelas memberitahu kepada seluruh alam bahwa Al-Quran adalah kitab yang dijadikan, iaitu Allah SWT yang mencipta dan menjadikan kitab Al-Quran. (Saya berterima kaseh kepada pembaca yang ingatkan saya supaya berhati-hati ketika menyamakan Al-Quran dengan super-super komputer sebab dia kata Al-Quran itu bukan makhluk, mereka kata Al-Quran itu adalah sebahgian dari Allah SWT, Al-Quran itu adalah zat Allah SWT).

Cuba perhatikan ayat 43:3 (di atas) Allah SWT sendiri yang mengatakan Al-Quran itu adalah makhluk, benda yang Dia jadikan, sama seperti bulan, bintang, matahari, manusia, dan sebagainya semuanya Dia yang menjadikannya. Al-Quran bukanlah Tuhan (atau zat tuhan), sebab banyak nas-nas Al-Quran:

1) ayat 43:33 "kitab yang dijadikan", setiap benda yang dijadikan adalah makhluq.

2) ayat 85:22 "Al-Quran bertempat Di Luh-Mahfuz", setiap makhluq memerlukan ruang dan bertempat, tetapi Allah SWT tidak bertempat, tidak tertakluk kepada ruang dan masa.

3) ayat 15:9 "Al-Quran perlu dijaga". Benda yang perlu dijaga adalah lemah, tetapi Allah SWT adalah maha perkasa.

Allah SWT tidak sama dengan segala makhlukNya (42:11), dan tidak ada satu makhluk pun yang mampu membuat apa-apa gambaran tentang Allah SWT (6:103). Allah menyamakan sifat makhluk dengan diriNya untuk menjadikan Al-Quran itu kitab yang mudah difahami, yang jelas (mubin), bukannya untuk memberitahu kepada manusia tentang sifat dan zatNya sebab kalau dijelaskan sekalipun tidak akan dapat difahami, tidak akan dapat digambarkan oleh otak dan minda manusia.


"Ma-Tasyabaha-Minhu" untuk Jadikan Quran Jelas (mubin)!

Yang menjadikan umat Islam terkeliru ialah sebab mereka tidak faham makna dan kahendak ayat-ayat muhkamat, mutasyabihat, dan ma-tasyabaha-minhu. Sila rujuk kepada artikel lepas "Quranpedia: Mutasyaabihat vs Ma-Tasyabaha-Minhu" tentang perkelasan ayat-ayat Al-Quran.


ayat "ma-tasyabaha-minhu" bermakna "apa yang Dia samakan denganNya", iaitu Allah melarang manusia mengkaji apa yang Dia samakan denganNya, melarang manusia mengkaji  sifat dan zatNya. Yang dilarang ialah mengkaji sifat dan zat Allah SWT, bukannya melarang mengkaji ayat-ayat "mutasyabihat".

Misal apabila Allah kata "Dia menjadikan manusia dengan tanganNya", yang tidak dibenarkan ialah mengkaji "tangan Allah", bukannya ayat-ayat Al-Quran. Allah SWT menyuruh manusia mengkaji kesemua ayat-ayat Al-Quran, semua sekali 6,666 ayat. Yang dilarang, yang tidak dibenarkan ialah mengkaji sifat dan zat Allah. Misal mengkaji tentang kejadian manusia, manusia bebas membuat apa-apa usul, apa-apa bayangan tentang tangan Allah, samada 5 jari, 10 jari, 100 jari dan sebagai, tetapi janganlah beranggappan, janganlah berittikad bahawa Allah SWT itu ada tangan, ada jari, dan sebagainya. Dan kita janganlah melencong pula dari kajian kita, janganlah pula cuba mengkaji tangan Allah



Dengan mengkaji ayat-ayat mutasyabihat ini maka manusia akan dapat menjana ilmu baru misal ilmu piezoelektrik dan piroelektrik, dan seterusnya dapat membina teknologi nano generator untuk menghasilkan tenaga elektrik, menghasil "green energy" dari pergerakan kenderaan di kenderaan atas jalanraya seperti dibuat di negara Israel. 



Kalam Allah: Impak Kenderaan Ke Atas Struktur Banguan

Kita ambil contoh lain. Allah SWT menyuruh menusia mengkaji ayat-ayat Al-Quran (ayat-ayat mutasyabihat) dan melarang dari mengkaji zat dan sifatNya, melarang mengkaji sifat yang disamakan dengan makhlukNya "ma-tasyabaha-minhu", kita kaji ayat Al-Hasyr 59:21. Apabila mengkaji ayat ini teringat saya kepada soalan dari seorang pembaca iaitu dari seorang pensyarah dan juga jurutera awam (calon PhD).

Dia bertanyakan saya "bagaimana Al-Quran menjelaskan impak pergerakkan kenderaan ke atas struktur bangunan". Saya tidak dapat menjawab soalannya sebab saya tidak tahu (civil engineering bukan bidang saya), dan saya tidak dapat membantu apa-apa selain menyuruhnya mengkaji sendiri dalam Al-Quran.


Pertama sekali kita ambil ayat-ayat yang ada ontologi "struktur" seperti gunung-ganang, kapal-kapal, istana, dan sebagainya. Untuk ringkaskan cerita kita ambil ayat 59:21. Pada ayat ini Allah SWT menjelaskan struktur gunung akan hancur apabila Al-Quran diturunkan ke atasnya.

Apabila mengkaji ayat ini kita mungkin akan membuat banyak usul (propositions) misalnya Al-Quran sebagai "Kalam Allah". Oleh kerana Allah SWT tidak sama dengan makhlukNya, maka kita akan buat usul "kalam Allah menggunakan elektromagnetik", maka kita akan kaji kesan dari bateri kereta, penggunaan hanfon, gps, peruwapan gasoline, dan sebagainya.

Allah SWT tidak melarang manusia membuat atau menukar usul ke dalam ayat-ayat Quran yang sedang dikaji, yang dilarang ialah mengkaji zat "Kalam Allah", mengkaji adakah Allah berkata-kata guna bahasa Arab, adakah Allah bersuara guna microwave, dan sebagainya. Mengkaji zat Allah Ini yang dilarang.   


Tujuan Allah SWT menyamakan diriNya dengan makhluq, bukannya supaya manusia boleh buat gambaran atau bayangan terhadap sifat dan zat Allah SWT, tetapi agar manusia boleh membuat usul dan proposition yang manasabah untuk ditasrifkan ke dalam ayat-ayat mutasyabihat.

 Dengan memahami konsep dan kahendak ayat-ayat "mutasyabihat" dan "ma-tasyabaha-minhu" manusia akan dapat membuat beratus juta usul dan proposition, hampir-hampir infiniti! Tetapi sekiranya kita tidak faham dan masih berpegang kepada konsep lama, maka kita tidak akan dapat mengeluarkan apa-apa ilmu dari Al-Quran melainkan hanya apa yang nampak secara kasar sahaja.


Ulang Banyak Kali


Sila baca dan perhati baik-baik

Allah SWT tidak melarang manusia mengkaji ayat-ayat mutasyabihat dengan memasukkan, menukar-gantikan pelbagai usul tentang zat dan sifat Allah SWT yang dia samakan dengan sifat makhluqNya. Manusia bebas membuat apa saja usul samada "kalam Allah" itu mempunyai huruf dan perkataan, menggunakan gelombang elektromagnetik, dan sebagainya.

Tetapi jangan berittikad Allah SWT itu ada kalam, ada huruf dan perkataan, ada suara; tidak boleh sama sekali. Kita hanya dibenarkan untuk membuat usul dan ditasrif ke dalam ayat-ayat yang sedang dikaji, ayat-ayat mutasyabihat.

Jangan sekali-kali "memuhkamatkan", jangan sekali-kali berittikad bahwa Allah SWT itu bersifat seperti makhlukNya. Cuba hafal ayat 42:11 dan 6:103, dan bacalah dalam solat. Ini tersangatlah penting untuk membetulkan akidah umat Islam, dan mengelakkan kita semua dari berpecah belah. Ini tersangatlah penting sebab apabila kita mengkaji ayat-ayat mutasyabihat kita akan membuat bermacam-macam usul termasuklah menyamakan sifat dan zat Allah dengan sekali macam makhlukNya. Kita hanya dibenarkan untuk membuat usul, bukanya untuk berittikad. 

Apabila kita membuat pelbagai usul tentang zat dan sifat Allah maka kita mestilah sentiasa berzikir, sentiasa ingatkan kepada ayat 42:11 "Allah tidak sama dengan apa-apa sesuatu" dan 6:103 "tidak ada makhluk yang mampu membuat apa-apa gambaran terhadap zat dan sifat Allah".  Kita hanya guna "tangan Allah", "Nur Allah", "Wajah Allah", "kalam Allah" dan sebagainya hanyalah untuk membuat usul untuk ditasrifkan ke dalam ayat-ayat mutasyabihat (ayat-ayat yang sedang dikaji) bukannya untuk membuat ittikad bahawa Allah ada tangan, ada wajah, ada kalam, ada cahaya, dan sebagainya.


 "Tadabbur" adalah istilah ICT (komputer) = "ontologi" 

Lihat dan kajilah ayat ke-24 pada surah Muhammad (47:24). Perkataan "tadabbur" adalah berasal dari perkataan-akar (root word) "dabara/yadburu" yang bermakna "mengikut dari belakang secara berdekatan atau berturutan" (to succeed or follow from behind). Orang Melayu menggunakan perkataan "dubur" untuk merujuk kepada "bahagian belakang". Perkataan ini diulang sebanyak 44x dalam Al-Quran.




Mari kita fokus kepada perkataan "tadabbara/yatadabbaru" dari kahendak bahasa Arab, ianya adalah dari wazan ke-5 "tafa'ala/yatafa'alu" ianya bererti "menyuruh diri sendiri memikirkan semula kesan perturutan dari keseluruhan membaca 6,666 ayat Al-Quran" (to reflect on the result after seeing or going thru 6,666 verses of Al-Quran), Sila rujuk kamus "Arabic-English Dictionary for Advanced Learners ms 194", (J.G. Hava, 2001) dan "Arabic-English Lexicon, Edward William Lane ms 844-846, vol. 3".

Kita ambil contoh perkataan lain yang agak mudah, misalnya "'alima/ya'lamu" yang bermakna "mengetahui" (to know), apabila ditukar dari wazan-1 ke wazan-2 "'allama/yu'allimu" membawa makna "menyuruh orang (lain) menjadi tahu" maksudnya "mengajar" (to teach), dan wazan ke-5 ialah "ta'allama/yata'allamu" yang bermakna "menyuruh diri sendiri menjadi tahu" maksudnya "belajar" (to learn).


Lagi Contoh

Lagi contoh; misalnya perkataan "hakama/yahkumu" bermakna "menghukum" apabila ditukar kepada wazan-5 "tahakkama/yatahakkamu" bermakna "menyuruh diri sendiri menghukum" maksudnya "bertindak sesuka hati, diktator". Perhatikan bahawa bahasa Arab adalah sistematik, ianya mengandungi makna-makna yang "tersembunyi" yang hanya akan difahami oleh orang yang arif dalam kaedah bahasa Arab.

Untuk rengkaskan cerita, dengan wazan ke-5, dengan fi'il mudorik, jamak (plural), dan domir ghaib (orang ke-3), ianya membawa makna Allah SWT menyuruh setiap pada diri para alim ulama sentiasa berbincang dan bermuzakarah untuk membina dan mengemaskini ontologi Al-Quran. Oleh yang demikian sebelum hukum hudud dijalan (ke atas orang awam), maka para ulama terlebih dahulu wajib membina ontologi Al-Quran secara menyeluruh dan bersepadu.



 Membina "ontology Al-Quran"

Lihat perkataan "tadabbara/yatadabbaru" membawa makna "menyuruh diri sendiri melakukan pengekoran atau perturutan kepada keseluruhan 6,666 ayat-ayat Al-Quran". Sekiranya kita faham konsep semantik web, maka kita akan faham bahwa makna dan kahendak perkataan "yatadabbaru" dalam ayat 47:24 ini ialah supaya membina membina "ontologi", membina "perekoran". Yang disuruh dalam ayat 47:24 ini ialah membina ontologi Al-Quran, membina "perekoran ayat-ayat Al-Quran", bukannya ambil sepotong ayat Quran kemudian duduk termenung dan berfikir (menunggu ilham turun dari langit)!

Ayat ini menyuruh para alim ulama mengkaji apa yang sudah ada di depan mata mereka, baca dan selidiki dengan mendalam keseluruhan 6,666 ayat Al-Quran. Macam kita mengkaji bandar Kuala Lumpur atau Jakarta atau New York, kita lalui segela ceruk dan jalan, segala lorong-lorong, segala tempat menarik, mercu tanda dan sebagainya, bukannya hanya masuk dalam KLCC dan termenung melihat air pancut!


Dalam ayat Al-An'am 6:115 Allah SWT menjanjikan bahawa Al-Quran itu sudah lengkap dan sempurna. Sekiranya Al-Quran itu tidak lengkap dan sempurna bagaimana mungkin kita membina "ontology". Maka apabila ayat 47:24 diqurankan dengan ayat 6:115 maka terhasilah ilmu baru iaitu "ilmu tadabbur", ilmu ontologi. Ayat ini berkahendakkan alim ulama supaya membuat kajian ke atas ayat-ayat yang sudah dibelakangi, yang sudah dijejaki, yang sudah dibaca, yang sudah dijelajahi, yang sudah dilalui, yang sudah ditempohi. Oleh kerana Al-Quran itu sudah lengkap dan sempurna, maka ontologinya juga seharusnya lengkap dan sempurna.  

Cuba kaji dan perhatikan lagi kepada ayat 47:24 ini, kenapa "yatadabbaruun" itu dalam bentuk  jamak (plural), dan fi'il mudorik (sedang berlaku, present and future tense). Tidakkah ianya membawa makna bahwa ontologi Al-Quran harus dibina secara menyeluruh, secara bersepadu (merangkumi pelbagai bidang ilmu), secara berpasukan dan bukannya secara persaorangan? Tidakkah bentuk "fi'il mudorik" itu pula membawa makna ontologi yang dibina haruslah sentiasa dikaji, sentiasa kemaskini! 

Tidakkah kahendak ayat 47:24 ini selari dengan konsep tasrif (rekersif) antara ayat-ayat Muhkamat dan ayat-ayat mutasyabihat, selari dengan kahendak ayat Ali-Imran 3:7? Tidakkah apabila terbina ontologi akan memudahkan memilih ayat-ayat yang hendak dikaji, yang hendak dibuat usul?

  

Betulkan Persepsi

Saya berharap para pembaca dan pengkaji Al-Quran akan dapat membetulkan minda dan persepsi terhadap maksud dan kahendak "ma-tasyabaha-minhu" agar selari dengan kahendak Al-Quran. Sekiranya perkara yang agak mudah ini boleh menimbulkan pelbagai kekeliruan, perbalahan dan permusuhan maka bagaimana mungkin umat Islam dapat memahami ilmu-ilmu yang lebih kompleks, rumit, dan mendalam yang terkandung dalam kitab Al-Quran.

Allah SWT menyamakan zatNya dengan sifat-sifat makhluqNya seperti "Kalam Allah", "Wajah Allah", "Tangan Allah", "Cahaya Allah", dan sebagainya bukannya untuk memberitahu sifat dan zat Allah SWT tetapi untuk "menjelaskan segala perkara, segala ilmu" kepada manusia dengan mudah dan jelas.



Cuba kaji ayat Al-Baqarah 2:1-2, Allah SWT mengatakan "Alif-Lam-Mim, itu adalah kitab yang tidak ada sebarang keraguan di dalamnya", kenapa Allah SWT tidak meneruskan saja kitab ini dengan tiga huruf sahaja (Alif, Lam, dan Mim), misalnya "Alif-Lam-Mim Mim-Lam-Lam Mim-Mim-Mim-Lam ...." dan sebagainya?



Kenapa kitab Al-Quran dikatakan mubin (jelas)? cuba bayangkan sekiranya Allah SWT menurukan Al-Quran dalam bentuk digitial "01001100 11001000 10111100 ..." adakah ianya jelas? adakah manusia akan dapat menerimanya? 

Sudah tentu manusia pada zaman itu akan mengatakan Nabi Muhammad SAW orang gila. Sedangkan Al-Quran yang jelas (dalam bahasa Arab) pun boleh ramai yang menolakknya, inikan pula kalau diturunkan dalam bentuk digital?


Seminar

Insyaallah saya akan mengadakan satu seminar "Overview Metod QbQ" pada hari Sabtu 25 Mei 2013 dan Sabtu 1 Jun 2013 bertempat di Dewan Masjid Al Mutaqqin Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, Malaysia. Waktu seminar ialah bermula jam 8.00 am - 1.00 pm. 

Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi Sufie Venture Event Management, dengan menalipon Tuan Rahim Sharif +6010-364-3194, atau email: sufie_vent@yahoo.com  Sedikit yuran akan dikenakan iaitu RM 100.00 untuk para pelajar/imam/bilal/AJK masjid dan RM 200.00 untuk yang bekerja.

Setiap perserta akan diberikan deraf buku "Quranpedia: Method Al-Quran bi Al-Quran QbQ" sebagai bahan rujukan seminar. Seminar ini akan menjelaskan secaral lebih mendalam kaedah dan metod mengkaji ayat-ayat Al-Quran dengan menggukan kaedah QbQ.

Seminar ini tidak membincangkan tentang ilmu feqah, aqidah, ibadah, pelbagai aliran mazhab, politik, dan sebagainya. 

  
Penceramah

Khalid Yong, B.Sc (Computer and Information Science), Ohio State University, Columbus, USA. Pernah berkhidmat sebagai Pakar-runding ICT untuk projek di China (2003-2006), Pakar-runding di Jabatan Kerajaan (2001-2003 JUSA C), Pengarah Projek Sekolah Pintar Malaysia (1999 - JUSA C), Pengurus Kanan Kumpulan ICT KAF/Seagroatt & Campbell Bhd (1996-1999), Pengurus Besar Abtel Corp., Pengurus di Kumpulan Guthrie Bhd (1992-1995), KLSE Bhd (1989-92), Bank of Commerce Bhd (1987-1989) dan pernah bekerja bersama-sama beberapa syarikat perunding antarabangsa seperti Arthur Andersen & Co, Price Waterhouse (London), TATA (India), Coopers Lybrant, dan Business Intelegence (1985-87 USA).


  

Gambar di atas ialah semasa menjadi Pakarunding ICT/Naib Presiden Kanan untuk projek bersepadu "Halal Food Hub" di Heze China. Penulis adalah 3 dari kiri, sementara Mayor Heze adalah 4 dari kanan. 


Kesimpulan

1.   Metod Al-Quran bi Al-Quran (QbQ) adalah satu mukjizat besar pada abad ke-21 kepada seluruh umat Islam.

2.   Metod QbQ membuktikan kitab Al-Quran adalah lebih hebat dari super-super komputer, membuktikan Al-Quran adalah kitab yang sesuai dan relevan di sepanjang zaman dan tamadun.

3.   Metod QbQ yang ada pada hari ini, yang berasaskan super-super komputer, hanya baru 1% dari kehebatan dan kecanggihan sebenar metod QbQ yang dijelaskan dalam Al-Quran. Metod QbQ tidak akan menjadi obsolete, dan akan terus dikaji, terus difahami dan ditambah-baik sehinggalah sampai ke hari kiamat.

4.   Sains fizikal sudah sampai tahap maksima, sudah tidak mampu mengkaji fenomena sains yang semi-fizikal, beyond physic. Quranpedia akan menjadi makmal metafizik sains yang pertama di dunia, insyaallah.

5.   Untuk menjayakan QbQ, memerlukan kepada teori "ahsanal hadith", iaitu "speech act theory" (teori perlakuan percakapan) untuk menjana pelbagai usul untuk ditasrif ke dalam ayat-ayat mutasyabihat.

6.   Para pengkaji Al-Quran mestilah memahami konsep dan kahendak ayat-ayat muhkamat, mutasyabihat, dan ma-tasyabaha-minhu. Allah SWT membenarkan manusia membuat apa-apa usul tentang sifat dan zat Allah SWT untuk ditasrifkan kedalam ayat-ayat mutasyabihat, tetapi melarang manusia dari membuat ittikad yang menyamakan Allah SWT dengan makhluqNya. 

7.   Ayat 42:11 "Allah SWT tidak sama dengan apa jua makhlukNya" dan ayat 6:103 "tidak ada manusia yang mampu membuat apa-apa gambaran tentang zat dan sifat Allah SWT" mestilah dihafal dan fahami.

8.   Allah SWT sendiri yang mengatakan Al-Quran itu adalah makhluq, benda yang dijadika. Allah SWT sendiri yang mengatakan Al-Quran itu bertempat dan memerlukan ruang, sedangkan Allah SWT wujud tanpa memerlukan tempat dan ruang. Allah SWT sendiri yang mengatakan Al-Quran itu perlu penjagaan sedangkan Allah SWT maha berkuasa tidak memerlukan kepada makhluqNya.

9.   Tujuan Allah SWT samakan makhluk dengan zatNya (ma-tasyabaha-minhu) adalah untuk menjadikan Al-Quran mudah dan jelas (mubin), bukannya untuk menjelaskan zat dan sifatNya.

10.  Untuk membina Quranpedia, umat Islam mestilah membina "tadabbur" (ontologi Al-Quran) seperti yang dituntut pada ayat 47:24 dan 6:115. Konsep "tadabbur" adalah konsep ICT.

11.  Untuk membina usul-usul para pengkaji Al-Quran mestilah membina teori "ahsanal hadith" atau "speech act teori" atau "teori perlakuan percakapan" seperti tindakan perlocutionary, tindakan locutionary, dan tindakan illocutionary. 

12.   Seminar akan di adakan pada hari sabtu 25 Mei dan sabtu 1 Jun 2013, insyaallah. Sila hubungi Tuan Rahim Sharif 010-363-3194 atau sufie_vent@yahoo.com untuk booking.

Wallahu a'lam.

2 comments:


No comments:

Post a Comment