2 Cara Dapat Untung Melabur Saham
Bila kita beli saham bermaksud kita membeli sebahagian kecil - ya, sebahagian kecil sahaja - pemilikan dalam sesebuah syarikat. Seterusnya, kita berpeluang mendapat keuntungan dari 2 cara.
Keuntungan #1 Untung dapat dividen.
Dividen ini diperoleh setahun sekali atau 2 kali setahun atau 4 kali setahun (interim dividend). Bergantunglah kepada polisi syarikat.
Sesebuah syarikat memberikan dividen sebagai cara berkongsi keuntungan operasi syarikat kepada para pemegang saham mereka.
Dividen diberi berdasarkan prestasi sesebuah syarikat dalam bisnes mereka dan bukannya berdasarkan turun naik harga saham di pasaran. Justeru, harga saham jatuh pun kita masih mendapat keuntungan dari saham-saham yang kita miliki.
Tapi perlu diingat, dividen sahaja tidak menjadi penentu syarikat itu berkualiti atau tidak.
Keuntungan #2 Untung capital gain
Untung beli harga rendah, jual harga tinggi.
Misalnya kita beli saham JCY sebelum ni, dari harga RM 0.65 naik menjadi RM 0.70. Keuntungan 5 sen sesaham. Jadi kalau kita beli 10 lot kita dah untung RM 50.
Kalau kita beli saham Dutch Lady pula, harga RM 45 naik menjadi RM 46. Keuntungan RM 1 sesaham. Jadi, kalau kita beli 1 lot, kita dah untung RM 100.
Paper Loss, Untung Dividen
Jika harga semasa lebih rendah dari harga sewaktu kita beli, itu namanya paper loss. Kerugian sebenar (actual loss) belum berlaku selagi mana kita tak jual saham-saham tersebut.
Kita beli saham Parkson Holdings Berhad [5657] RM 4.00, sekarang harga RM 3.70. Kita beli saham 10 lot. Maksudnya paper loss kita adalah RM _______ (Sila kira sendiri).
Jadi kalau jual memang lah jadi rugi betul (realized loss).
Sekiranya syarikat yang kita beli itu beri dividen, walaupun paper loss masih dapat dividen.
No comments:
Post a Comment