Tuesday, July 9, 2013

Petua Mencari Lailatul Qadr

Petua Mencari Lailatul Qadr

Nuffnang Ads

Imam Ghazali telah meninggalkan kita petua untuk mencari Lailatul Qadr. Petua tidak semesti betul. Jadi jangan pegang kemas dalam hati bahawa petua ini mesti jadi. Dia mesti dipandu dengan Quran Hadith. Jadi tiada dalam Hadith menyebut bila Lailatul Qadr, cuma yang pasti ia berlaku pada salah satu malam dari 10 malam terakhir.

Jadi petua ini lahirnya dari tajribah pengalaman Imam Ghazali sendiri. Boleh jadi pada zaman kita lain pula. Akan tetapi petua ini telah dijalani ramai para ulama dan orang soleh terdahulu dari kita. Jadi apa layaknya kita nak kondem? Tak terima tak mengapa tapi jangan kondem.

AWAL RAMADAN
LAILATUL QADR
Ahad, Rabu
29 Ramadan
Isnin
21 Ramadan
Selasa, Jumaat
27 Ramadan
Khamis
25 Ramadan
Sabtu
23 Ramadan

Lailatul bermakna malam, jadi janganlah ditambah malam dua kali - Malam Lailatul Qadr. Cukuplah disebutMalam Qadr atau Lailatul Qadr. Dan Qadr itu bermaksud penetapan iaitu ditetapkan segala riwayat hidup si fulan bin si fulan.

Satu lagi perkara yang aneh ada negeri cuti pada Hari Nuzul Quran. Penetapan tarikh pula 17 Ramadan. Saya ingin lontarkan persoalan, bukankah Quran itu turun pada Lailatul Qadr dan Lailatul Qadr itu sendiri ada pada 10 malam terakhir Ramadan. Kalau 17 Ramadan diluar dari sifir 10 malam terakhir. Ke guane boh? Ke main sedap gamok je letak cuti?

Dan yang terakhir, ramai mengejar fadhilat Ramadan akan tetapi ramai terlepas pandang soal tauhid. Kejar pahala tarawih, alangkah asyiknya Solat Taubat berjemaah pada 10 malam terakhir Ramadan. Akan tetapi jikalau tauhid tak betul semua itu sia-sia. Perbaharui tauhid kita baru kejar fadilat. Tauhid kita masih belum mengenal Allah Taala itu bersifat ‘Qiyamuhu binafsihi’ itu bagaimana rupa. Masih samar-samar adakah Allah duduk atas Arasy atau tidak, sedangkan bila sebut duduk bermakna bertempat, bila bertempat ia lemah. Maka barang yang lemah bukan Allah Taala. Ker guane boh?

Tapi orang kita tidak minat mengaji tauhid nih. Padahal tauhid itu ibu segala amal. Tahu tak bila tauhid hancur semua yang mu kejar, baik solat tasbihnya, tarawih 20 rakaatnya, umrah Ramadannya semua jadi debu.

Ada pula kata, “Apa kebenda ilmu sifat 20, nak kenal tuhan payah macam ke benda.” Senang ikut salaf. Eh kalau senang salaf ikutlah salaf tapi jangan kutuk ilmu sifat 20. Yang tak fahamnya adalah kamu, orang lain berkurun belajar molek ada reti. Yang salah bukan ilmu tapi orang mengajar. Cara mengajar membuatkannya menjadi berbelit-belit. Dan kita pula nak belajar tauhid tapi terus masuk kelas tinggi camne nak faham. Kerana semakin tinggi kitab semakin berbelit. Tapi belit itulah seninya.

Orang yang tinggi maqamnya adalah halus seninya. Maka pelajaran tauhid juga berkait dengan maqam nafsu manusia. Kalau maqam masih peringkat mubtadi tapi nak kejar kitab muntahi dia tak akan sampai maksud. Kerana itu dalam mengaji kita akan bertemu guru yang pelik-pelik. Bila bertanya, sang guru tidak menjawab malah bertanya kembali. Pada orang awam ianya cela akan tetapi pada mustawa orang mengaji ianya terpuji. Ada yang jenis suka bermadah, berpantun, ada jenis menjawab dengan perlakuan seperti kata nak kenal manisnya madu pergi ambil sendiri madu di sarangnya maka baru tahu betapa manisnya madu.

Dia ilmu tauhid ada yang fardhu ain, ada yang fardhu kifayah. Yang mu pergi belajar martabah tujuh siapa suruh? Mengaji istighna’ dengan iftiqar dulu. Yang tukang sebar pun satu hal. Kadang cakap dalam sembang kedai kopi ilmu tauhid tinggi, orang awam penuh tepi. Mulalah jadi fahaman salah. Nak cakap depan awam, cakap bab fardhu ain sudahlah weh.

No comments:

Post a Comment