Busking Hartanah 1 – Rahsia Refinancing
Alhamdulillah. Seperti yang dijanjikan ianya bakal berlangsung pada Jumaat ( 5/7/13) ini, bermula jam 9 malam bertempat di ofis baru aku beralamat di No 16-2B, Jalan Boling Padang G13/G Seksyen 13 Shah Alam (di belakang Tesco Extra Stadium, sebaris dengan Restoran Upin Ipin dan di atas Aldena Cafe).
Walaubagaimanapun tajuk “Beli Rumah Dapat Duit” belum mampu dipersembahkan dan sebagai gantinya, “Rahsia Refinancing” bakal mengambil tempat. Alhamdulillah juga, wall post yang aku publish di Facebook telah mampu menghadirkan seramai 10 orang peserta dalam tempoh masa kurang dari 7 jam.
Apa istimewanya Busking Hartanah ini?
Satu konsep property talk ‘berani mati’ yang tidak menetapkan sebarang yuran atau fi, sebaliknya ianya bergantung 100% kepada apa yang dinilaikan oleh para khalayak yang hadir. Ini sebenarnya merupakan salah satu cara aku untuk memuaskan hati khalayak yang hadir agar mereka tidak merasakan yang diri mereka dieksploitasi dengan jumlah yuran yang melampau jika hendak dibandingkan dengan content talk yang diberikan. Namun jutaan kemaafan aku pohonkan kerana aku tidak mampu untuk mengambil khalayak yang ramai dek kerna ruang bilik seminar ofis aku yang agak terhad. So,terpaksa la first come (register), first serve. Jangan marah beb.. huhuhu.
AE : Tajuk berikutnya, insyaAllah “Rahsia Ejen Subsale”.
No comments:
Post a Comment