Beli Saham
Bayangkan kita nak beli sebuah laptop baru. Apa yang kita buat?
- Cari model yang kita suka.
- Tanya kawan-kawan yang pakai model yang sama.
- Baca pelbagai reviu pasal laptop tersebut.
- Proses nak beli dapat makan masa sebulan dua sebab tengok harga dari satu kedai ke kedai yang lain.
- Bila nak beli belek laptop tu sampai puas hati.
- Bila dah jumpa, buat-buat tak mahu beli dulu. Bagi penjual pujuk dulu. Layan ego dulu sebagai pelanggan. Keluar kedai kejap.
- SMS kawan, isteri / suami kemudian baru masuk balik kedai dan beli.
Proses yang biasa kita buat. Jarang kita jumpa orang yang nampak laptop yang dia suka, terus beli waktu tu juga.
Tapi bila nak beli saham?
- Login Facebook.
- Tanya dan cari tips kaunter mana yang ‘hot’ , dapat tips terus beli.
Patutkah?
Berhentilah cari main saham macam tu. Nak melebur duit ok, nak melabur kena buat cara yang betul. Kalau serius nak melabur dalam pasaran saham, sila klik link di bawah:
No comments:
Post a Comment