Thursday, June 6, 2013

Kenapa anda perlu kuasai aspek tatabahasa untuk mahir bahasa Inggeris

Kenapa anda perlu kuasai aspek tatabahasa untuk mahir bahasa Inggeris


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Apa khabar anda semua? Saya amat berharap rakan-rakan saya di sini dalam keadaan sihat walafiat dan sama-sama berusaha untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris kita untuk memajukan diri kita sendiri, keluarga kita dan seterusnya negara kita.


Ramai yang sudah maklum yang kursus-kursus bahasa Inggeris saya amat menekankan aspek tatabahasa atau Grammar di samping aspek kosakata atau Vocabulary.Sepanjang saya menjalankan kursus bahasa Inggeris secara sepenuh masa yang nak masuk tahun ke 8 ini, saya memang banyak menekankan aspek tatabahasa terlebih dahulu dan kemudiannya bersama-sama dengan kosakata dan seterusnya latihan-latihan bahasa Inggeris yang bersesuaian.


Jika anda tertanya-tanya kenapalah saya sentiasa menekankan aspek tatabahasa atau Grammar ini maka saya cuba untuk menerangkan dalam artikel ini supaya kita sama-sama dapat manfaat dari ia.


Antara sebab-sebab utama kenapa saya menekankan aspek tatabahasa atau Grammar ini ialah kerana pada saya Grammar ini dapat membantu kita menguasai bahasa Inggeris dalam masa yang amat singkat dan juga membuatkan pembelajaran bahasa Inggeris kita menjadi amat mudah! Jika anda mencari-cari jalan pintas untuk menjadi mahir dalam bahasa Inggeris, jawaban ia ialah Kuasai Grammar! Mudah bukan? Jika anda sanggup hadap tatabahasa bahasa Inggeris ini,anda akan berupaya menguasai bahasa Inggeris yang betul dan tepat dalam masa yang singkat walaupun anda merasakan yang tahap bahasa Inggeris amat-amat lemah sekarang.


Cuba kita lihat kenapa Grammar mempercepatkan dan mempermudahkan pembelajaran bahasa Inggeris kita:-


1. Grammar memudahkan kita faham kenapa apabila kita menggunakan kata nama kita kadang-kadang perlu menambah s,es,ies atau ves kepada sesuatu kata nama itu untuk menukarkan sesuatu kata nama itu daripada singular noun kepada plural noun.

2. Grammar juga akan membuat anda lebih faham kepada konsep pemasangan dimana singular noun perlu dipasangkan dengan singular verb dan pural noun perlu dipasangkan dengan singular verb. Sebagai contoh The boy is sick kalau ianya subjek dalam ayat ialah singular dan The boys are sick kalau subjek dalam ayat itu plural.

3. Grammar juga membantu kita memahami konsep uncountable nouns atau kata nama yang tidak boleh dikira seperti water,sugar,flour dan sebagainya di mana kata-kata nama ini tidak boleh kita tukar bentuk mereka kepada kata nama majmuk atau plural nouns seperti waters,sugars dan flours.

4. Setelah anda kenal uncountable nouns anda akan lebih faham kenapa ianya tiada bentuk plural dan kenapakah ianya hanya dipadankan dengan singular verbs sahaja.

5. Grammar juga akan membantu kita dari segi penambahan apostrophe dan apostrophe s kepada kepada kata nama untuk menukarkan mereka kapada possessive nouns seperti Ali’s car dan the boys’ mother.

6. Dalam topik Pronouns atau Kata Ganti Nama juga, grammar akan membantu kita apakah bezanya antara he, him, his dan himself.

7. Grammar juga akan membuat anda lebih faham kena he,she dan it perlu dipadankan dengan singular verbs sahaja manakala we dan they dipadankan dengan plural verbs sahaja

7. Dalam topik Pronouns juga, grammar akan membuat kita lebih faham bila kita boleh menggunakan pronouns yang dalam bentuk reflexive seperti himself,herself, yourself dan sebagainya.


Jika anda perhatikan grammar dalam dua topik sahaja sudah boleh membantu kita membuat ayat dengan betul dalam bahasa Inggeris dan ini akan memudahkan semua orang untuk memahami bahasa Inggeris yang kita gunakan tidak kiralah mereka ini daripada Malaysia, Singapore, U.S.A. mahupun U.K. kerana kita menggunakan standard atau piawai yang sama dalam komunikasi bahasa Inggeris kita.Kita tidak akan teragak-agak lagi tentang bahasa Inggeris kita dan kita akan lebih yakin berkomunikasi dengan sesiapa sahaja walau bagaimana hebat sekalipun bahas Inggeris mereka.

Penguasaan grammar yang baik akan membantu kita menjadi lebih yakin dalam pembinaan ayat-ayat bahasa Inggeris kita dan kita tidak lagi teragak-agak dan samar dalam pembentukan ayat bahasa Inggeris yang tepat dan mudah difahami oleh orang lain.

Inilah sebab utama kenapa saya suka mengajar grammar walaupun ada juga cikgu yang tidak minat mengajar grammar. Saya juga suka mengajar cara bagaimana menggunakan kamus dengan betul dari segi aspek tatabahasa.Jika selama ini kita hanya menggunakan kamus untuk mencari makna-makna perkataan bahasa Inggeris sahaja, saya akan ajar pelajar-pelajar saya bagaimana untuk menggunakan kamus untuk menyemak tatabahasa kita.


InsyaAllah saya akan lebih kerap berkongsi ilmu bahasa Inggeris yang sedikit ini.Saya harapkan anda dapat terus mendoakan kesihatan saya dan agar saya sentiasa diselamatkan Allah dan dimurahkan rezeki oleh Nya.

Jika ada yang berhajat belajar dengan saya secara terus dan lebih komprehensif,Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris intensif saya akan dijalankan pada 15hb dan 16hb Jun ini di Leisure Commerce Square, Sunway, Petaling Jaya. InsyaAllah jika anda bersungguh2 dalam mempelajari bahasa Inggeris ini,anda akan sedari yang bahasa Inggeris ini sebenarnya tidaklah sesukar mana.Tinggal 8 tempat sahaja lagi.

Antara yang saya akan ajar dalam kursus nanti ialah:-

i. Teknik mudah menggunakan kamus untuk menyebut perkataaan bahasa Inggeris seperti orang di UK dan USA.

ii. Teknik efektif menggunakan kamus untuk membuat ayat dengan betul dalam bahasa Inggeris.

iii. Teknik senang dan cepat meningkatkan kosakata bahasa Inggeris dengan thesaurus dan Teknik 4 part of speech

iv. Teknik mudah membuat ayat dengan Teknik 3W’s yang dicipta oleh Cikgu Yusoff sendiri.

v. Teknik berkesan memahami menggunakan verbs seperti am,is,are,was,were dan have,has dan had.


Moga maju jaya!

Cikgu Yusoff
0193090711
Pengarang 5 buah buku mempelajari bahasa Inggeris
Guru dan pensyarah bahasa Inggeris semenjak 2006
Trainer semenjak 1996

No comments:

Post a Comment