Rahsia Mudah RM 1,000 Sebulan Dengan Menulis
Hari ini kita hidup dalam dunia connected 24 jam.
Sebelum tidur tengok internet, bangun tidur tengok internet silap-silap haribulan masa bersanding, makan beradap sempat ambil gambar makanan dan post di instagram.
Zaman internet adalah di mana dunia menjadi rata. Barangsiapa yang masih belum menjana hatta RM 1 dari kehidupan internetnya maka dia tergolong dari golongan yang rugi. Dan cara yang paling mudah untuk mendapat pendapatan dari internet adalah dengan menulis.
Kongsi kepakaran kita dengan orang lain.
Saban hari kita membaca penulisan orang lain. Di Facebook, Twitter mahupun blog. Malah kita pun tidak ketinggalan menulis di platform yang kita suka.
Satu kajian di Amerika Utara mendapati, orang dewasa Amerika menghabiskan secara purata 58 minit menerusi smartphone mereka. 30% dari masa tersebut dihabiskan untuk browsing dan melayari laman sosial. Saya fikir orang Malaysia pun mempunyai tabiat yang sama.
Ini merupakan peluang bagi kita semua.
Tuan Aqif Azizan, pengasas Write To Wealth berkongsikan dengan kita bagaimana dengan menjadi penulis kita berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap bulan. Malah, jika betul gayanya pendapatan sampingan itu dapat menjadi pendapatan utama kita.
“Alang-alang menulis, biar sampai dapat duit!”
Ruginya masa kita jika kita tidak mampu menjana pendapatan melalui menulis. Dalam ebook ini didedahkan bagaimana kita tidak semestinya menulis buku fiksyen dan menghasilkan novel cinta yang hebat. Ya, tidak semestinya.
Saya suka dengan penekanan ‘Menambahkan Saham Akhirat‘ dalam ebook kerana penulis di internet yang baik dapat mendidik lebih ramai orang tentang perkara yang baik-baik. Jika orang baik-baik macam para pembaca blog saya yang budiman ini hanya membiarkan penulis upahan yang menyebar fitnah, maka itu salah siapa?
Jika kita biarkan hitam yang menguasai, maka hitamlah.
Seterusnya, ebook ini juga menyenaraikan paling kurang 4 peluang buat duit bagi penulis bebas. Dengan kepakaran kita dalam bidang tertentu, sudah pasti kita dapat menawarkan tulisan yang baik untuk blog yang bersesuaian misalnya. (Eh, tak semestinya di blog sendiri!)
Ebook ini mendedahkan 10 perkara yang perlu dielakkan sebagai seorang penulis bebas. Bab-bab yang paling menyebabkan kita tersenyum lebar sudah tentu bab mengenai bagaimana memulakan kerjaya sebagai penulis bebas yang berstatus pakar seterusnya mampu membuat lebih banyak duit.
Penulis juga berkongsikan 37 cara mendapatkan idea menulis. Saya pun banyak belajar benda baru menerusi ebook ini walaupun telah lebih 10 tahun menulis blog.
Terbaik!
Bagus untuk kalian yang masih tercari-cari cara menjana pendapatan tambahan setiap bulan. Tidak semestinya berbakat, yang penting dapat terus buat.
Pelaburan kalian cuma RM 37 sahaja.
Sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut seterusnya membuat pembelian.
p.s. Tuan Aqif Azizan bukan cakap kosong, beliau telah menghasilkan 2 buah buku bersama mentor kejayaan #1 Malaysia, iaitu Dr Azizan Osman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment