Thursday, June 27, 2013

Modal Beli Saham

Modal Beli Saham

Berapa modal yang diperlukan untuk beli saham?
Ia bergantung kepada harga saham seunit. Barangkali sedikit, barangkali banyak.

Contoh 1

Ok. Andaikan kita berminat nak beli saham syarikat JCY International Bhd (5161). Tengok harga semasa JCY adalah 65 sen seunit saham. Maka pengiraannya adalah seperti berikut:
RM 0.65 seunit x 100 unit = RM 65.
Kita perlu beli paling kurang 1 lot iaitu bersamaan dengan 100 unit. Maka, dengan modal serendah RM 65 dah boleh beli saham JCY. Tapi perlu tengok kos juga.  Takut-takut tak untung.

Contoh 2

Seterusnya, kita berminat nak beli saham syarikat Dutch Lady Milk Industries Bhd (3026). Tengok harga DLADY adalah RM 45 sesaham. Maka pengiraannya adalah seperti berikut:
RM 45 seunit x 100 unit = RM 4,500
Untuk melihat cara mengira kos yang terlibat semasa beli saham, sila klik sini untuk membaca artikel tersebut.
- See more at: http://www.pakdi.net/modal-beli-saham/?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+pakdi-net+%28Pakdi.Net%29&utm_content=FaceBook#sthash.FILzfEHW.dpuf

No comments:

Post a Comment