Monday, January 16, 2012

Apa Patut Dibaca Pada Air Dan Minyak

minyak bidara untuk rambut


Dibawah adalah sebahagian ayat ruqyah terpilih untuk dibaca pada air dan minyak (zaitun, sidr, atar, jerslin) atau boleh juga ditulis dengan dakwat za’faran pada kertas putih dan dihilangkan dengan air:

1. Surah al-Fatihah.

2. Surah al-Baqarah ayat 1-5.

3. Surah al-Baqarah ayat 109:

وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (١٠٩)

Ertinya: Banyak di antara ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki Yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

4. Surah al-Baqarah ayat 255 (Ayat Kursi).

5. Surah al-Nisa’ ayat 54:

أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَى مَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ فَقَدْ آتَيْنَا آلَ إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَآتَيْنَاهُمْ مُلْكًا عَظِيمًا (٥٤)

Ertinya: Atau Patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan ugama Islam) Yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? kerana Sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan Kami telah memberi kepada mereka kerajaan Yang besar.

6. Surah al-Kahfi ayat 39:

وَلَوْلا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لا قُوَّةَ إِلا بِاللَّهِ إِنْ تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنْكَ مَالا وَوَلَدًا (٣٩)

Ertinya: Dan sepatutnya semasa Engkau masuk ke kebunmu, berkata: (semuanya ialah barang Yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan Dengan pertolongan Allah)? kalau Engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu.

7. Surah al-Qalam ayat 51:

وَإِنْ يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ لَمَجْنُونٌ (٥١)

Ertinya: Dan Sesungguhnya orang-orang Yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu Dengan pandangan mereka (yang penuh Dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: “Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila”.

8. Ayat Syifa’.

9. 3 Qul.

10. Doa Syifa’:

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ، أَذْهِبِ الْبَأْسَ، وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لا شِفَاءَ إِلا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا.

No comments:

Post a Comment