Monday, January 30, 2012

Dimana dan Kemana perginya Roh kita nanti ????

Sayidina Abu Bakar r.a telah ditanyakan mengenai ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka Sayidina Abu Bakar r.a berkata..." Roh itu menuju ke 7 tempat:
1. Roh para nabi dan rasul menuju ke syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke syurga Ilyyin.
4. Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yg berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak2 yg beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang2 kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari kiamat,"...

Rasulullah S.a.w bersabda: " Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya, iaitu orang2 yang mati syahid, orang2 yang mengerjakan solat malam dlm bulan Ramadhan dan orang2 yang berpuasa di hari Arafah."

No comments:

Post a Comment