Monday, January 30, 2012

Jin Ular

Ayat ini dibaca untuk menyelidiki sekaligus menyeksa samada jin itu dari jenis haiwan yang melata seperti ular yang selalu mengganggu dalam mimpi dengan manusia. Atau pada ular yang masuk dalam rumah.

1. Surah Taha (سورة طه) ayat 18-21:

قَالَ هِيَ عَصَايَ أَتَوَكَّأُ عَلَيْهَا وَأَهُشُّ بِهَا عَلَى غَنَمِي وَلِيَ فِيهَا مَآرِبُ أُخْرَى (١٨) قَالَ أَلْقِهَا يَا مُوسَى (١٩) فَأَلْقَاهَا فَإِذَا هِيَ حَيَّةٌ تَسْعَى (٢٠) قَالَ خُذْهَا وَلا تَخَفْ سَنُعِيدُهَا سِيرَتَهَا الأولَى (٢١)

Ertinya: Nabi Musa menjawab: “Ini ialah tongkatku; Aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan Aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu”. ۝ Allah Taala berfirman: “Campakkanlah tongkatmu itu Wahai Musa!” ۝ lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular Yang bergerak menjalar. ۝ Allah berfirman: “Tangkaplah akan Dia, dan janganlah Engkau takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya Yang asal. ۝

2. Surah al-A’raf (سورة الأعراف) ayat 107:

فَأَلْقَى عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ ثُعْبَانٌ مُبِينٌ (١٠٧)

Ertinya: Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular Yang jelas nyata.

No comments:

Post a Comment