Wednesday, January 11, 2012

RESIPI : Rasa-Rasa Episode 4 : Pot Luck

1) NASI JAGUNG

Bahan-Bahan

  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 1 biji cili hijau (dikisae)
  • 4 biji buah keras (dikisar)
  • 2 sudu besar kas-kas (dikisar)
  • 5 biji bawang putih (dikisar)
  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 2cm halia (dihiris)
  • 4 batang serai (dititik)
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 2 tin susu sejat
  • 2 cawan air
  • 4 cawan beras basmathi
  • 1 tin jagung
  • Saffron
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • Serbuk pati ayam
  • Daun bawang
  • Garam
  • Gula


Cara Penyediaan

  • Kisarkan bawang besar, cili hijau, buah keras, kas-kas, dan bawang putih sehingga lumat.
  • Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam periuk nasi. Campurkan air dan susu sejat
  • Dengan menggunakan periuk leper, cairkan minyak sapi dan tumiskan bawang merah, halia dan bahan-bahan yang telah dikisar. Tumiskan sehingga bau harum
  • Masukkan serai, serbuk cili, jagung, garam, gula dan pati ayam
  • Campurkan bahan-bahan yang telah ditumis kedalam periuk nasi, selepas nasi siap dimasak taburkan baun bawang yang telah dihiris sebelum dan sedia untuk dihidang

2) AYAM MASAK ROSE

Bahan-Bahan

  • 2 ekor ayam dipotong 4 dan digoreng
  • Minyak masak
  • 3 biji bunga lawang
  • 6 biji buah pelaga
  • 6 biji bunga cengkih
  • 3 batang kulit kayu manis
  • 2 genggam cili kering (dikisar)
  • 10 biji bawang merah (dikisar)
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 cm halia (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 1cm lengkuas (dikisar)
  • 2cm kunyit hidup (dikisar)
  • 5 biji buah keras (dikisar)
  • 2 sudu besar kas-kas (dikisar)
  • 2 sudu besar biji ketumbar (dikisar)
  • 1 sudu besar jintan putih (dikisar)
  • 1 sudu besar jintan manis (dikisar)
  • 1 tin sup tomato
  • Gula
  • Garam


Cara Penyediaan

  • Panaskan sedikit minyak masak didalam kuali dan tumiskan bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis.
  • Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar dan tumiskan lagi sehingga harum dan pecah minyak
  • Masukkan sedikit air dan masukkan ayam yang telah digoreng
  • Setelah mesra, masukkan sup tomato, garam & gula.
  • Hidangkan bersama Nasi Jagung.

3) BREAD PUDDING PISANG BERSAMA SOS VANILA

Bahan-Bahan

> Puding Roti

  • 1 buku besar roti putih
  • 5 biji telur
  • 800ml susu segar
  • ½ cawan gula kastor
  • 3 sudu besar tepung custard
  • 100gm mentega
  • 7 biji pisang rastali / emas (dipotong nipis)
  • 4 sudu besar mentega kacang
  • 250gm coklat masakan (dicairkan)

> Sos Vanila

  • 1 liter susu segar
  • 5 sudu besar tepung custard
  • 1 biji kuning telur
  • ½ cawan gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanila


Cara Penyediaan

  • Panaskan ketuhar pada suhu 170c.
  • Sapukan sedikit mentega pada loyang. Sapukan mentega dan mentega kacang pada kedua-dua belah roti dan potongkan 4.
  • Dalam mangkuk yang berlainan pukulkan telur, gula kastor, susu segar dan tepung custard sehingga sebati
  • Susunkan roti yang telah dipotong kedalam loyang, selepas susun lapisan pertama susunkan pisang diatas roti dan tuangkan sedikit coklat keatasnya.
  • Tuangkan pula sedikit bancuhan telur tadi, dan lakukan langkah sama pada lapisan kedua dan seterusnyadan akhiri dengan lapisan roti bersama coklat dan bancuhan telur tadi.
  • Masukkan kedalam ketuhar dan bakar selama 45 minit
  • Sediakan sos vanila sambil menunggu pudding siap dimasak
  • Pukulkan semua bahan-bahan sehingga sebati.
  • Masukkan kedalam periuk dan masak menggunakan api yang perlahan.
  • Kacaukan sos sehingga pekat dan mendidih
  • Padamkan api dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan bersama pudding roti

Filed under cooking food recipe anis nabilah chef cook eat malaysian malaysia kuala lumpur television tv show asian

13 notes

No comments:

Post a Comment