Friday, January 27, 2012

Mendapat Doa Yang Mustajab 2

Doa orang dizalimi langsung diangkat kepada Allah SWT.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ حِينَ بَعَثَهُ إِلَى الْيَمَنِ: إِنَّكَ سَتَأْتِي قَوْمًا أَهْلَ كِتَابٍ، فَإِذَا جِئْتَهُمْ فَادْعُهُمْ إِلَى أَنْ يَشْهَدُوا أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ، فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ فَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ، فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَإِيَّاكَ وَكَرَائِمَ أَمْوَالِهِمْ وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللهِ حِجَابٌ.
[البخاري]

Ertinya: Ibnu Abas r.a berkata; Rasulullah SAW berpesan kepada Muaz bin Jabal r.a ketika Baginda SAW mengutusnya ke negeri Yaman:

Sesungguhnya kamu akan mendatangi kaum Ahlul Kitab, jika kamu sudah mendatangi mereka maka ajaklah mereka untuk bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah.

Jika mereka telah mentaati kamu tentang hal itu, maka khabarkan kepada mereka bahawa Allah mewajibkan bagi mereka solat lima waktu pada setiap hari dan malamnya. Jika mereka telah mentaati kamu tentang hal itu maka khabarkan kepada mereka bahawa Allah mewajibkan bagi mereka zakat yang diambil dari kalangan orang mampu dari mereka dan dibahagikan dikalangan yang faqir dari mereka. Jika mereka mentaati kamu dalam hal itu maka janganlah kamu mengambil harta-harta terhormat mereka.

Dan takutlah terhadap doa orang yang dizalimi kerana tiada hijab (halangan) antara dia dengan Allah SWT.
[HR Bukhari]

Jikalau saudara merasa dizalimi inilah saatnya doa saudara amat mustajab. Mintalah apa saja nescaya dikabulkan. Sesungguhnya antara hikmah kita dizalimi ialah kerana Allah ingin memberi peluang kita berdoa kerana doa itu tiada pembatas antaranya.

No comments:

Post a Comment