Tuesday, January 3, 2012

Bagi Yang Tiada Guru

Bagi tiada berguru tapi ada keinginan untuk beramal ilmu rohani setengah ahli hikmah mensyaratkan membersihkan diri dahulu jasmani dan rohani dengan Istighfar 100 ribu kali dalam waktu 3 malam dengan membaca ayat dibawah setiap 100X. Setengah tarikat mereka mensyaratkan pada murid baru akan khatam Istighfar sebanyak 70 ribu kali dalam masa 3 bulan dahulu sebelum diajar zikir lain.

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (١٠) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (١١) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا (١٢) سورة نوح

Ertinya: Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. ۝ (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; ۝ Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).۝

- المنقول -

No comments:

Post a Comment