Wednesday, March 14, 2012

Chi Ialah Tenaga Dalam



Beliau ialah Ve. Lama Dondrup Dorje pengasas Pathgate Institute yang mengajar ajaran Buddha Dharma. Lihat pada video di atas, cara beliau mengolah energi nampak hebat. Cuma satu perlu jadi pegangan, walau sehebat mana kita mengolah chi tapi atas nama demo maka ia biasa-biasa saja. Makna kata satu demo yang hebat, itu saja. Kerana energi yang diaplikasi atas murid sendiri, di tempat latihan sendiri pula, dengan situasi tenang pula berlainan dengan keadaan cemas dan atas musuh.

Cuma yang perlu kita buka mata ialah bagaimana mereka menggunakan sesuatu yang orang suka iaitu chi menjadi tarikan orang ramai sambil memasukkan ajaran Buddha. Pendekatan ini juga pernah berlangsung secara aktif di pondok/pesantren suatu masa dahulu. Tapi kerana orang kita perasan moden, timbul fitnah bid’ah dan macam-macam hal.

Alangkah bagusnya perkara seperti ini dihidupkan kembali secara aktif, kemudian kita masukkan nilai-nilai Islam. Sesungguhnya ia dapat menarik anak muda kita kembali kepada Islam. Masalahnya orang kita mudah sangat berdengki. Baru buka kelas dah orang sana testing ilmu, orang timur laut lekeh usaha kita. Akhirnya mampus ... baru orang kita tepuk tangan.

No comments:

Post a Comment