Thursday, March 15, 2012

Soalan Tamadun Islam 1-10

1. Ayat pertama diturunkan dalam Taurat (التوراة)?
بسم الله الرحمن الرحيم

2. Hadiah pertama diterima Nabi SAW di Madinah?

Sebuku roti, minyak sapi dan susu dihadiahi oleh Zaid bin Haritsah (زيد بن حارثة).

3. Orang kafir Mekah pertama dibunuh dalam Perang Badar (غزوة بدر الكبرى)?

Al-Aswad bin Abdul Asad al-Makhzumi (الأسود بن عبد الأسد المخزومي) yang dibunuh oleh Sahabat Nabi SAW, Hazmah bin Abdul Muttalib r.a, Penghulu Syuhada’ (حمزة بن عبد المطلب).

4. Wanita dara (gadis) pertama berhijrah?

Ummu Kaltsum binti Uqbah bin Abu Mui’t (أم كلثوم بنت عقبة بن أبي معيط).

5. Manusia pertama berpuasa?

Nabi Adam a.s berpuasa 3 hari setiap bulan.

6. Nasihat pertama Nabi SAW setelah sampai di Madinah?

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلامَ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ، وَصِلُوا الأَرْحَامَ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ، تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلامٍ.

Ertinya: Wahai manusia, berikanlah salam, berilah makan, jalinkanlah silaturrahim solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera.

7. Orang pertama mengarang tafsir Quran dengan isnad?

Malik bin Anas (مالك بن انس).

8. Sahabat pertama berhijrah ke Habsyah?

Hatib bin Amru r.a (حاطب بن عمرو).

9. Manusia pertama bernama Ahmad?

Rasulullah SAW kerana nama Ahmad belum diguna manusia sebelum ini.

10. Orang pertama membunuh menggunakan pedang?

Nabi Ibrahim a.s

No comments:

Post a Comment