Tuesday, March 20, 2012

Pagar Rumah Dari Kecurian

Ayat dibawah dibaca sebanyaknya sambil tawaf rumah sebanyak 7X, selama 7 malam. Telah berkata orang mengamalkannya akan faedahnya iaitu pencuri berpusing-pusing sekeliling rumah tidak dapat keluar, menjadi bingung dan akan menjadi seperti patung ia.

رَبِّ نَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ (٢١) سورة القصص

Ertinya: Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim.

وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ رَمَى وَلِيُبْلِيَ الْمُؤْمِنِينَ مِنْهُ بَلاءً حَسَنًا إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (١٧) سورة الأنفال

Ertinya: Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

صم بكم عمي فهم لا يَفْقَهُونَ

Ertinya: Mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta. Oleh sebab itu mereka tidak dapat memahami (jadi bingung).

صم بكم عمي فهم لا يُبْصِرُونَ

Ertinya: Mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta. Oleh sebab itu mereka tidak dapat melihat.

صم بكم عمي فهم لا يَتَكَلَّمُونَ

Ertinya: Mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta. Oleh sebab itu mereka tidak dapat bercakap.

صم بكم عمي فهم لا يَتَذَكَّرُونَ

Ertinya: Mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta. Oleh sebab itu mereka tidak dapat mengingati (jadi lupa).

Ya Allah, Ya Rasulullah, dengan berkat Imam Ja’far Sodiq, dengan berkat La ilaha illaLlah Muhammadur rasuluLlah.

No comments:

Post a Comment