Saturday, March 3, 2012

Pembuka Surah Dalam Quran 8

Bahagian Keenam: Ada surah-surah dalam al-Quran dibuka dengan ayat berupa ayat syarat (الشرط).

1. Surah al-Waqi’ah [سورة الواقعة]:

إِذَا وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ (١)

Ertinya: Apabila berlaku hari kiamat itu.۝

2. Surah al-Munafiqun [سورة المنافقون]:

إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ (١)

Ertinya: Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.۝

3. Surah al-Takwir [سورة التكوير]:

إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ (١)

Ertinya: Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap).۝

4. Surah al-Infitar [سورة الإنفطار]:

إِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ (١)

Ertinya: Apabila langit terbelah.۝

5. Surah al-Insyiqaq [سورة الإنشقاق]:

إِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ (١)

Ertinya: Apabila langit terbelah.۝

6. Surah al-Zalzalah [سورة الزلزلة]:

إِذَا زُلْزِلَتِ الأرْضُ زِلْزَالَهَا (١)

Ertinya: Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya.۝

7. Surah al-Nasr [سورة النصر]:

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ (١)

Ertinya: Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah).۝

Semuanya berjumlah 7 surah.

No comments:

Post a Comment