Wednesday, March 21, 2012

Sepasang Sepatu Rasulullah SAW

Dulu-dulu saya ingat Habib Ali Zainal Abidin nih orang arab dan bercakap arab. Rupanya berasal dari Indonesia dan sedang menyambung pelajaran di UIA. Memang berketurunan arab kerana dari kaum keluarga Rasulullah SAW. Saya dah lama ingin mendengar bagaimana rupanya beliau memberi kuliah. Bila pihak TV9 memberi peluang kepada beliau berceramah dalam rancangan Halaqah saya tidak melepaskan peluang mendengarnya. Pertama kali mendengar beliau melantun suara ... hati saya melistrik laju. Cara dia mensyarahkan peribadi Rasulullah SAW seumpama hadir dekat di depan kita. Saya harap banyak lagi ceramah beliau diupload ke youtube. Selawat dan Salam ke atas Rasul SAW dan kaum keluarganya!


No comments:

Post a Comment