Tuesday, March 13, 2012

Forum Bid'ah



Dengarkan bual bicara mengenai bid’ah oleh dua orang alim yang terkenal di negara kita. Tuan Guru Nuruddin pernah digelar Azhari Tsani kerana ramai pelajar Melayu di al-Azhar, Mesir berdatangan menuntut dengan beliau.

Jangan lupa beli buku terbitan PSN Publications

Dr. Zulkifli al-Bakri pula mula terkenal di Malaysia setelah masuk tv. Sebelum itu dikalangan pelajar Thanawi, Terengganu, nama beliau memang dikira meniti dibibir bahkan ramai menjadikannya idola kerana kealiman ilmunya dan keselambaan roknya menyampaikan ceramah. Pernah suatu ketika nama beliau naik ke Sultan Terengganu disamping dua orang lagi sebagai calon mufti negeri tapi Alhamdulillah beliau tak dilantik. Kerana bila dilantik barangkali banyak aktiviti dakwahnya tersekat, baik jadi bebas.

Beliau orang Kg Kubang Kekura dekat dengan Kuala Rengas Bekah. Abang beliau Ustaz Suhaimi, Imam Masjid KUSZA yang juga orang alim. Ayahnya juga bekas imam masjid. Manakala adiknya Ustaz Khairul Anwar, suatu nama yang tidak asing lagi dalam dunia tahfiz al-Quran di Malaysia kerana salah seorang hakim tetap di Musabaqah Tahfiz Kebangsaan.

Dan Dr. Zul sempat merendah diri depan Tuan Guru Nuruddin dengan madah:

إذا وُجِدَ الْمَاء بَطَلَ التيمم

Ertinya: Bila ada air tak perlu lagi tayamum.

No comments:

Post a Comment