Thursday, March 1, 2012

Tips Mencari Lawyer

Soalan :

Saya ada kemusykilan dalam memilih firma guaman di mana dalam ebook ada mengatakan pilihlah firma guaman yang merupakan panel kepada bank yang memberi loan kepada kita tapi kita belum dapat tahu lagi bank mana sebab untuk apply loan kena ada sekurang-kurangnya draft S&P dulu, so macamana?

Cara AE :

Kebiasaannya sebelum kita membuat permohonan pinjaman, kita biasanya akan membuat survey terlebih dahulu tentang bank manakah yang menawarkan pakej pinjaman yang paling menarik, betul tak? Semasa kita membuat survey, pastikan juga list of their panel lawyers berada di dalam genggaman kita. Sebagai contoh, jika 3 buah bank yang kita survey, maka perlulah ada 3 list of panel lawyers yang akan kita perolehi dan menjadi satu kebiasaan juga, out of that 3 banks pasti kita mempunyai pilihan bank kita sendiri yang menawarkan pakej pinjaman paling menarik. Mengambil contoh Bank A sebagai pilihan pertama kita sebelum diikuti dengan Bank B dan Bank C. Ini bermakna sekiranya pinjaman kita diluluskan oleh ketiga-tiga bank tersebut maka sudah pasti Bank A yang akan menjadi pilihan kita. Untuk itu sudah semestinya sedari awal lagi kita sudah boleh memilih lawyer firm yang menjadi panel kepada Bank A. Walaubagaimanapun suka aku nak ingatkan selain daripada list of panel lawyers yang perlu korang minta, satu lagi tips yang ingin aku berikan ialah, cuba ajukan soalan berikut kepada banker tersebut :

“Your bank boleh pakai lawyer ad-hoc tak?”

Jika jawapannya “BOLEH”, maka korang tak perlu risau dengan persoalan di atas kerana ia membawa maksud walaupun korang punya lawyer S&P tidak berada di dalam list of their panel lawyers tetapi lawyer S&P korang tu masih lagi dibenarkan untuk mengendalikan segala urusan loan documentation bank tersebut. So, chill beb!!!!

AE : Harap-harap takde la lagi soalan lanjutan dari jawapan aku ni..

No comments:

Post a Comment