Tuesday, April 3, 2012

Asas2 kepada perbualan yang baik dalam bahasa Inggeris

Asas2 kepada perbualan yang baik dalam bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Jika anda tanya saya, apakah Asas2 kepada perbualan yang baik dalam bahasa Inggeris, maka jawaban saya ialah:-

1. Grammar atau Tatabahasa

2. Vocabulary atau Perbendaharaan Kata perkataan-perkataan bahasa Inggeris

3. Practice atau Latihan perbualan bahasa Inggeris

4. Pronunciation atau Sebutan perkataan bahasa Inggeris yang betul

Inilah empat aspek yang selalu saya tekankan kepada pelajar-pelajar saya yang menyertai kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris yang saya jalankan di SUnway dan Putrajaya itu.

Aspek pertama iaitu Grammar antara aspek yang paling penting dalam perbualan bahasa Inggeris. Grammar akan mengajar anda membuat ayat dengan betul dari segi:-

1. Struktur ayat

2. Penambahan -s, -es, -ies, -ves kepada Nouns atau Kata Nama

3. Penggunaan Pronouns atau Kata Ganti Nama yang betul untuk menggantikan nous seperti apakah perbezaan penggunaan I dengan Me , Mine dan Myself dalam Pronouns?

4. Penggunaan Adjectives atau Kata SIfat dalam bahasa Inggeris dan apakah susunan yang betul dalam penggunaan Adjectives dalam bahasa Inggeris ini seperti kenapa dalam BI kita gunakan a handsome, tall African man dan bukan seperti dalam bahasa Melayu kita gunakan lelaki Afrika yang tinggi dan kacak?

5. Penggunaan Verb TO BE seperti penggunaan am,is, are,was,were, have been dan sebagainya yang ramai masih keliru

6. Penggunaan Adverb seperti slowly, loudly, very, extremely dan sebagainya.

Apa2pun pastikan anda menguasai Grammar terlebih dahulu jika anda ingin berbual dalam bahasa Inggeris yang betul tatabahasanya dan mudah untuk difahami oleh orang lain.

Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris akan saya jalankan di SUnway pada 1hb April ini dan di Putrajaya pada 7hb April.

Cikgu Yusoff

No comments:

Post a Comment