Tuesday, April 3, 2012

Pembuka Surah Dalam Quran 9

Bahagian Ketujuh: Ada surah-surah dalam al-Quran dibuka dengan ayat berupa ayat perintah (الأمر).

1. Surah al-Jin [سورة الجن]:

قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا (١)

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: Satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!۝

2. Surah al-Alaq [سورة العلق]:

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (١)

Ertinya: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).۝

3. Surah al-Kafirun [سورة الكافرون]:

قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ (١)

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir!۝

4. Surah al-Ikhlas [سورة الإخلاص]:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (١)

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.۝

5. Surah al-Falaq [سورة الفلق]:

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ (١)

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.۝

6. Surah al-Nas [سورة الناس]:

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (١)

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.۝

Semuanya berjumlah 6 surah.

No comments:

Post a Comment