Thursday, April 5, 2012

Jus Kelor



Pokok kelor atau remunggai atau orang Terengganu memanggilnya mungga. Pokoknya boleh membesar sama tinggi dengan pokok durian. Buahnya bisa untuk orang ada penyakit angin pasang. Walaupun bisa, kalau masak kari mesti letak buah kelor baru kaw punya kari.

Daunnya ambil yang hijau-hijau campur dalam telur dadar. Orang sekarang buat telur dadar campur bawang, lada jer ... kalau campur daun kelor mereka rasa pelik. Padahal dahulu zaman tok-tok kita daun dan buah kelor selalu dicampur dalam masakan termasuk dalam bubur lambuk (daun kelor).

Teras kelor dikatakan anti sihir dan pukau bahkan anti susuk ... siapa-siapa ada pakai susuk di mukanya bila salam dengan orang yang memakai cincin kelor nescaya akan luruhlah kuasa susuknya. Sayangnya sekarang pokok kelor jarang dah ada dibandar-bandar kerana pokoknya besar, jadi orang ramai ambil keputusan baik tebang jer. Akhirnya pokok kelor hampir pupus di bandar besar. Bila nak mengubat pakai buah kelor, betapa susahnya perawat-perawat alternatif kena cari. Masalah ini dialami saya sendiri. Senang cerita, saya serahkan bahagian mencari kepada keluarga pesakit. Tak sanggup saya nak meletak caj rawatan mahal-mahal hanya kerana kesukaran mencari buah kelor. Biar pesakit sendiri merasai kesusahan mencari ubatnya.

Sekarang produk kelor telah diupgrade dengan adanya Jus Kelor iaitu ekstrak daun kelor. Satu lagi produk alternatif yang patut dijual di kedai ubatan tradisional. Kalau jual mesti laku punya. Harga pun berpatutan. Sila dapatkan maklumat di http://www.keloexclusive.com.

No comments:

Post a Comment