Monday, April 2, 2012

Mendatangkan Air Zam-Zam

Antara amalan orang soleh jaman dahulu ialah mendatangkan sesuatu yang payah didapati seperti mendatangkan buah rambutan bukan pada musimnya. Itu di nusantara dan di belah negara padang pasir berlainan pula. Sebagai contoh ialah mendatangkan air zam-zam. Pada saya ini adalah karomah dan maunah daripada Allah SWT. Bacaan yang disebut oleh Syeikh hanyalah sebagai asbab sahaja padahal seorang wali cukup berdoa sahaja sudah muncul air zam-zam.

Dari sini juga dapat kita ambil istifadah bahawa sesuatu kelebihan bukan berdasar ilmu atau wirid kita tapi kerana rahmat Allah SWT. Jadi sambil berwirid letakkanlah penyerahan kepada Allah bukan kepada kekuatan wirid dan ilmu yang dijalani.

1. Hadiahkan surah al-Fatihah (سورة الفاتحة) kepada Wali Qutub pada waktu zaman sekarang.

2. Basmalah (بسم الله الرحمن الرحيم) 11X

3. Selawat Fateh 11X:

اللهم صل على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق والخاتم لما سبق ناصر الحق بالحق والهادي إلى صراطك المستقيم وعلى آله حق قدره ومقداره العظيم

4. Wirid 11X:

Wahai air, air, air ... wahai air zam zam aku menyampaikan salam dari Nabi kepada mu.

No comments:

Post a Comment