Monday, April 16, 2012

Ganjaran Pahala Ibadah Lebih 100 Tahun!


عَنْ أَوْسِ بْنِ أَوْسٍ الثَّقَفِيِّ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ غَسَّلَ وَاغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَبَكَّرَ وَابْتَكَرَ وَمَشَى وَلَمْ يَرْكَبْ فَدَنَا مِنْ الإِمَامِ وَاسْتَمَعَ وَلَمْ يَلْغُ كَانَ لَهُ بِكُلِّ خُطْوَةٍ أَجْرُ سَنَةٍ صِيَامِهَا وَقِيَامِهَا.

Ertinya: Dari Aus bin Aus al-Tsaqafi dari Nabi SAW:

Barangsiapa mandi dan berwudhuk pada hari Jumaat, pergi awal waktu ke masjid dengan berjalan dan duduk berhampiran dengan imam lalu ia diam tanpa berbuat perbuatan yang sia-sia, maka setiap satu langkahan kakinya seperti beribadah satu tahun sekali dengan puasa dan solat malam padanya.

[HR Ahmad, Nasa’i, Tirmizi, Abu Daud; Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, al-Hakim dan al-Bani: Sahih]

Bermakna seseorang hamba Allah yang beriman, pada hari Jumaat dia mandi sunat Jumaat, berwuduk dari rumah dan pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Dia pergi awal waktu dan oleh kerana awal waktu kurang orang lagi maka dapatlah dia duduk di saf depan yang berhampiran dengan imam. Dia mendengar imam berkhutbah dengan teliti dan tidak bercakap-cakap. Bila dia buat begitu semua, maka dia mendapat ganjaran pahala beribadah satu tahun beserta amalan puasa dan solat malam.


Pahala itu pula dikira 1 langkah 1 tahun, bermakna jikalau jarak rumah kita dengan masjid 1000 langkah maka mendapat ganjaran pahala 1000 tahun. Tentang naik kenderaan ke masjid maka kita serahkanlah kepada Allah, jangan kita memikirkan pahala start dari turun dari kereta ke atau naik kereta. Kalau boleh parkinglah jauh sikit dari masjid.

Bayangkan setiap kali Jumaat kita melangkah sebanyak 50 sahaja. Ini bermakna baru 50 tahun ganjaran pahala. Jikalau dalam setahun ada 50 kali Jumaat bermakna kita mendapat 2500 tahun ganjaran pahala beribadah. Betapa luasnya rahmat Allah tapi berapa ramai yang mau merebutnya?

Ada pula jenis maqam tinggi kononnya berkata, “Kejor fadhilat ning dok kene, maqom ikhlas dok naik”. Dia begini, kalau kita tidak buat apa-apa amal bagaimana nak terbit rasa ikhlas? Ikhlas tidak mari dengan duduk termenung, atau pergi Jumaat waktu orang iqamat nak solat dah. Kalau betul kita ikhlas, sebelum pergi masjid kita duk berwirid dulu. Ini kita duk tengok tv, hisap rokok, layan internet, nak pergi awal syaitan bisik, “Riak gi awal-awal bos!”

Orang tanya, “Kenapa mari lewat?”
Kita jawab, “Ikhlas, mari awal duduk depan riak pulak”.

Itu lagi tak betul. Sebenarnya hati kita yang masih banyak penyakit dan dihinggapi was-was syaitan. Syaitan ni pandai bila mari awal dia bisik kata kita riak. Bila lewat dia bisik kata ikhlas, tawaduk dan sebagainya.

Tengok para imam dan ulama terdahulu bagaimana cara pergi Jumaat. Imam al-Haddad lepas Subuh tak balik ke rumah tunggu habis Jumaat baru balik. Ulama besar lain semua duduk depan kejar fadhilat saf pertama kerana duduk saf depan mendapat doa para malaikat. Adakah kita merasa banyak kelebihan sehingga tak mahu dapat doa para malaikat?


Jadi marilah kita kejar fadilat tersebut kerana umur kita tak lama dalam Hadits menyebut antara 60-70 tahun jer. WaLlahua’lam.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَعْمَارُ أُمَّتِي مَا بَيْنَ السِّتِّينَ إِلَى السَّبْعِينَ، وَأَقَلُّهُمْ مَنْ يَجُوزُ ذَلِكَ.

Ertinya: Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
Umur umatku antara 60 hingga 70 tahun dan sedikit diantara mereka yang melebihi itu.
[HR Tirmizi; al-Bani: Hasan]

No comments:

Post a Comment