Thursday, April 19, 2012

Pil Tenaga Dalam


Pil tenaga dalam adalah suatu cara orang sekarang mengaktifkan tenaga dalam. Orang yang malas berwirid, malas olah nafas cara mudahnya cukup telan beberapa biji pil maka secara instant tenaga dalam seseorang akan terbangkit.

Cara buat pil mudah saja ... mudah menyebutnya tapi rumit menyiapkannya. Konsepnya sama dengan kita membaca pada air untuk berubat iaitu tabarruk - dengan barokah ayat al-Quran yang ditiupkan pada air tersebut. Begitu jugalah pada pil, kita baca beberapa rangkaian wirid kemudian ditiupkan pada pil tersebut.

Antara amalan biasa seperti kita beramal tenaga dalam Asmaul Husna dengan wirid 9 asma’ sebanyak 6666X. Maka begitulah juga kita baca pada pil. Kemudian kita tambahlah lagi dengan wirid pembangkit tenaga dalam lain seperti Ya Qawiy Ya Matin, Selawat Nurizat, Wal yatalattof dan sebagainya bagi menambah perisa.

Jadi pil tersebut kita boleh beri beberapa level seperti level super dengan kita isi seluruh bacaan wirid pembangkit tenaga dalam. Kalau level basic kita baca satu jenis wirid pembangkit sahaja. Pil tersebut boleh kita pilih pil habbatus sauda’ atau seumpamanya. Kemudian kita berilah nama yang kaw-kaw seperti ‘Pil Bioenergi Karomah’ baru meletop deer. Begitulah cara pembuatan pil tenaga dalam.

Menyebutnya mudah tapi untuk menyiapkannya memang sulit. Untuk boleh sampai khatam dengan angka ribuan bukan kerja mudah. Jadi berbaloilah mereka yang membuat pil tenaga dalam meletakkan mahar mahal-mahal. WaLlahua’lam.

No comments:

Post a Comment